Pilihanraya Umum terakhir bagi Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang? Betul ke ni? Namun, itulah kenyataan pemimpin veteran DAP dalam perutusan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
Dalam berita Malaysiakini, LKS berkata pilihanraya umum kali ini mungkin yang terakhir baginya apabila Parlimen dijangka dibubarkan pada bila-bila masa bulan ini selepas 42 tahun aktif dalam politik.
Oleh itu, beliau berharap sempena ketibaan Tahun Tikus, para pengundi akan memberi 'ibu segala ang pau' dengan mengundi untuk perubahan dalam pilihanraya umum kali ini untuk generasi masa depan.
"Ini merupakan tahun ke-42 pembabitan saya dalam politik dan pilihanraya ke-10 dan mungkin yang terakhir yang akan saya sertai apabila Parlimen dibubarkan pada bila-bila masa dalam bulan ini," katanya.
(Renungan Rimau : Dalam politik, kata-kata "ini kali terakhir" tidaklah boleh dipercayai seratus peratus kerana orang politik akan tukar pendirian demi kelangsungan politik mereka. Apapun, eloklah berhenti sebelum terlambat untuk beribadat dan bergaul bersama cucu. Itupun kalau mahu berfikir untuk hari esok.)
Saturday, February 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Sebenarnya, PKS tak perlu bertanding pun dalam PRU ke-12 ini. Percayalah, 42 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama. Eloklah berikan peluang kepada orang pulak. Usah menagih simpati dengan mengatakan ini mungkin merupakan pilihanraya terakhir. Saya sudah banyak kali mendengar kata-kata sedemikian dari orang politik -- sama ada dari calon parti kerajaan atau pembangkang. Kata-kata sebegitu dah lapuk!
Sdr Nobisha,
Menjelang pilihanraya, pelbagai jenis penyakit melanda "orang politik". Yang sakit, kata sihat. Yang lama, kata boleh lagi. Yang malas, kata banyak projek dilaksanakan untuk rakyat. Yang patut pencen, kata di Barat orang tua pun terus beri perkhidmatan.
Yang patut pergi, kata orang bawah masih memerlukan mereka. Yang patut berhenti, kata orang masih memberi sokongan kepada mereka. Yang patut mati, kata saya masih bernafas lagi...dan berilah peluang kepada saya bertanding. Yang ini..menyusahkan..kalau jalan..kena buat pilihanraya kecil pula...bukankah menyusahkan orang?
YBhg Datuk,
Cerita ini amat terpencil tetapi amat berkesan untuk direnungi.
Rakan baik saya aktif dan berwibawa di peringkat cawangan. Atas potensi itu, ketua cawangan membawanya lebih jauh; ke peringkat Bahagian. Dari jauh saya melihat dia berbakat besar sebagai pemimpin berjiwa rakyat, dinamik, kreatif dan bestari memberikan pandangan serta sanggup berkerja keras untuk menawan semula kawasan parlimen yang berdekad-ekad dikuasai lawan.
Namun, muktahir dia tidak lagi kelihatan dalam penganjuran aktiviti Bahagian. Saya dapati namanya dengan sengaja dicicirkan oleh pihak tertentu yang melihat dia sebagai arus yang mengancam.
Saya hanya bersimpati kerana pertaruhan nasib saya dahulu pun sama juga sepertinya kini.
Sdr KB,
Jika kita yakin dengan pembalasan, kita sepatutnya sentiasa berusaha lebih gigih dan komited. Jika kita berbuat baik dan gigih, kita tidak pernah silap kerana satu hari nanti setiap sumbangan kita akan mendapat balasan. Percayalah.
Post a Comment