Sunday, February 24, 2008

AZALINA DAN NORAH - WANITA HEBAT

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said, memang hebat. Pada PRU 2004, beliau menang tanpa bertanding. PRU tahun ini, beliau mengulanginya sekali lagi. Itulah pemimpin hebat dan amat sesuai menerajui golongan wanita di negara ini. Boleh menggantikan DS Rafidah Aziz apabila "iron lady" itu mahu mengundur diri. Bila?

Pendatang baru, Sdri Norah Tun Abdul Rahman pula menang tanpa bertanding di Tanjung Manis, Sarawak. Baru masuk gelanggang sudah menang. Ini adalah petanda baik bagi anak pemimpin veteran Sarawak itu. Bolehlah diketengahkan jika mampu memimpin dan menghadapi pelbagai cabaran dalam politik.

Datuk Abdul Rahman Palil, tokoh belia Selangor seketika dulu, yang selalu mengetuai penguatkuasa "membongkarkan" tempat penyediaan makanan yang kotor dan tidak halal turut menang tanpa bertanding di Sementa. Walaupun beliau meminta maaf sebelum ini yang menyaksikan ramai pihak berpendapat beliau akan digugurkan, Dtk Rahman membuktikan bahawa beliau diterima oleh pengundi di kawasannya.

6 comments:

LEKLOOK said...

Tepat jam 11 pagi tadi selepas masa bantahan, Datuk Rahman Palil menghantar SMS kepada saya.

"Allahamdullilah menang tanpa bertanding" pendek saje mesejnya.

Saya yang ketika itu berada di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa (1) untuk mengikuti penamaan calon Datuk Nik Aziz Nik Mat dan 7 lagi calon lain turut berasa gembira.

Anonymous said...

Maaf la tiger saya amat tidak bersetuju dengan tiger mengatakan azalina hebat.

cuba tiger siasat dengan kakitangan kerajaan bawahnya di kementerian baju dan seluar sama ada dia benar-benar berwibawa atau tidak.

pendapat tiger saya percaya berat sebelah.

seorang menteri harus lah telus, jujur dan tidak menggunakan duit rakyat atau duit kerajaan untuk kepentingan peribadi.

saya saran agar tiger cuba-cubalah berbual dengan orang bawahan agar lebih mengerti isi hati mereka.

pemimpin lain barangkali tidak tahu belang sebenar azalina.

cuba tanya kakitangannya berapa ramai yang suka dia.

mencaci memaki hamun itu perkara biasa. masalahnya adakah dia menjalankan program demi kepentingan belia dan sukan atau memikirkan program baru untuk memperkayakan kroninya.

jangan tiger mengeluarkan kenyataan kenyataan yang berbaur berat sebelah.

saya pelik macam mana kawasan DUN di penggerang ada pertandingan tapi parlimen azalina menang tanpa bertanding?

kewibawaan seseorang pemimpin adalah cara dia mendepani cabaran ketika dia dihenyak dan dicabar melalui pelbagai sudut, bukan sekadar menang secara terjun!

ingat, tunku abdul rahman pernah dicabar, mahathir dicabar dan digugur dan digantung, musa hitam digantung, pak lah terkeluar daripada arus perdana...

siapa azalina?

saya sebagai seorang rakyat biasa yang tahu cara jentera azalina bergerak amat berharap agar beliau tidak lagi menjadi menteri. salah kah saya jika ini pendapat saya?

Anonymous said...

Nampak sungguh Datuk orang JUSA ya...sokong tanpa berbelah bahagi. Bukankah Johor negeri kelahiran Umno? Kata orang, di sana letak batang pisang dan dipakaikan baju pun boleh menang. Apalagi kawasan pengerang. Saya difahamkan, dalam Kabinet Pak Lah (2004-2008), hanya dua menteri saja yang menyokong beliau termasuk aza.

CT Tanjung Perak

ibrahim yahaya said...

Sdr Johorlama,

Saya tidak mengenali DS Azalina dari dekat tetapi mengetahuinya sebagai seorang Menteri Kabinet.

Bagi saya, jika tiada pihak yang ingin melawannya ketika di PRU, maka beliau bukan calang-calang orangnya. Apatah lagi dua kali.

Menang tanpa bertanding (MTB) hanya berlaku pada zaman tujuh dan lapan puluhan. PRU kebelakangan ini, MTD berlaku di Sabah dan Sarawak. Apabila MTD berlaku di Semenanjung pada zaman ini, apatah lagi kerana tiada calon lain mahu bertanding, ia memaparkan calon yang menang itu adalah hebat - hebat kerana tiada siapa yang mahu ganggu atau buat kacau dengannya. Tiada siapa yang mahu mempertikaikan kebolehan dan kepemimpinannya.

Ini bukan sokongan tetapi pandangan dari jauh. Sudah pastilah mereka yang pernah bekerja dengan DS Azalina tahu kehebatannya. Atau sebaliknya. Ada juga sesetengah pihak mengatakan individu tertentu hebat tetapi sebenarnya beliau tidak, tetapi pandai bermain sandiwara saja.

ibrahim yahaya said...

Sdr Anon,

Zaman sekarang tidak sebegitu lagi. Pengundi akan menolak calon yang pemalas, curi tulang, perompak, hanya pandai bercakap, penggemar rasuah, gemar membuat maksiat, tidak amanah, penipu dan segala macam lagi. Pengundi tidak sebodoh itu lagi. Yakinlah.

Anonymous said...

Oh please la Tiger. By your own admission you do not know her well. Jadi bagaimana boleh merumuskan dia wanita hebat dan layak menggantikan Rafidah. Hanya kerana dia menang tak bertanduing maka dia hebat dari Rafidah, Shahrizat dan Halimah ?

By the way what is your yardstick for wanita hebat ?