Wednesday, October 17, 2007

BERBANGGALAH DENGAN KEJAYAAN NEGARA


(Dr SMS dan rakan-rakan di ISS. Gambar diambil daripada siaran langsung RTM)

Saya pernah menulis mengenai sikap beberapa kerat rakyat Malaysia yang tidak begitu "gembira" dengan pemergian angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor ke angkasa lepas. Alasan mereka ialah ia membabitkan perbelanjaan yang tinggi. Ada yang menyatakan lebih baik wang itu digunakan untuk membantu rakyat miskin. Tolonglah bezakan antara wang untuk program khas memartabatkan maruah negara dan wang untuk membantu rakyat miskin. Ada perbezaannya. Matlamat dan hasilnya. Janganlah tunjukkan kepada orang kita ini tidak berapa cerdik. Walaupun kita tidak ke sekolah, jangan tunjuklah kita "bodoi" dan "tonggong". Bagilah pandangan yang lebih rasional, bukan emosional. Berbanggalah dengan pencapaian negara.

Mereka juga mempersoalkan penggunaan istilah angkasawan untuk Dr SMS dan menyatakan adalah lebih sesuai digunakan istilah peserta angkasa lepas. Pandangan dan kritikan itu banyak dikemukakan dalam blog persendirian dan Malaysiakini. Saya hanya menganggap kumpulan ini sebagai geng samdol dogol. Tidak payahlah lagi bersusah-payah untuk memberi pandangan yang tidak dialu-alukan. Kalau berterusan begini, anda akan jadi jaguh kampung dan katak di bawah plastik. Mampu melihat kemajuan tetapi tidak mahu "menggerakkan" minda dan kudrat.

Dalam pada itu, Malaysia akan menjadikan pengalaman dan kejayaan hasil kajian angkasawan pertama negara sebagai antara asas merumuskan strategi meneroka sektor angkasa lepas serta keperluan terbabit dalam misi seterusnya pada masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata pengalaman dan hasil kejayaan program angkasawan sulung itu penting bagi memastikan negara dapat menentukan hala tuju terbaik jika mahu terus terbabit memajukan bidang penerokaan angkasa lepas.

Pengalaman dan hasil kajian yang bakal dibawa pulang angkasawan pertama negara dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) amat berguna untuk dijadikan kayu pengukur bagi kerajaan dalam menilai kejayaan program itu.

6 comments:

Anonymous said...

ayooooo...sepatutnya kamu juga lebih mengerti apa perbezaan antara "pembaziraan = penyalahgunaan harta rakyat" dan "kebaikan untuk rakyat". Kalau sebetul2nya angkasawan mesti lah sekurang-kuranggnya 3 bulan di angkasa untuk melakukan ujikaji yang mana beliau sendiri pakar dalam bidang tersebut...seorang model cum Dr perubatan yg belum dapat jadi specialist...melakukan ujikaji yang bukan bidang dia...apa ke jadah??? mmmm wahai orang Malaysia yang bijak akalnya...berfikir secara rasional dalam menggunakan harta rakyat...setakat apa ada nama cum "maruah negara" tapi rakyat masih terlalu ramai yang miskin harta + pengetahuan taraf dunia :)

fikir2kan lah

Anonymous said...

Sudahlah! Bendera Malaysia di dada "Angkasawan" pun berjalur 6 aje!

Anonymous said...

apa yang hendak dibanggakan dengan menaiki teksi ke ruang angkasa? Wang untuk program khas angkasawan bukannya memartabatkan maruah negara tapi memalukan negara kerana hanya naik teksi ke angkasa tetapi digembar gemburkan. Rakyat luar negara pasti terasa lucu...

The Watchman said...

Berbanggalah dengan kejayaan negara? Bidang penerokaan angkasa lepas? Oh saudara yang budiman ... tumpang roket Rusia ke angkasa lepas bukanlah satu kejayaan. Membazir wang berpuluh juta Amerika bukan kejayaan. Itu bodoh namanya. Itu satu keangkuhan! Sekadar menunjuk betapa segaknya Ketuanan Melayu dan membazir wang rakyat. Hanya orang yang tak berilmu dan tak berpelajaran yang dapat memuji projek yang bodoh ini. Hanya orang yang tak berilmu dan tak berpelajaran yang masih gila candu UMNO.

Bidang penerokaan angkasa lepas? Selagi kerajaan UMNO di lembah rasuah, selagi UMNO masih tergamak untuk memuja budaya rasuah dan ketuanan Melayu, selagi ada Dasar Ekonomi Baru, selagi ada politik perkauman, selagi ada Datuk Zakaria Mat Deros di Klang, penerokaan angkasa lepas hanya mimpi sahaja.

Bermimpilah!

Anonymous said...

Sudahlah ... pembodek UMNO

Anonymous said...

berapa ramai lagi 'hero' yg orang melayu perlu wujudkan selepas hang tuah yg sudah terbukti tidak 'diminati' oleh generasi hari ini. sudah banyak 'kejayaan' sama ada secara individu atau berkumpulan yg kebanyakannya diterajui oleh orang melayu(sama ada yg ditaja umno atau kumpulan lain)telah tercipta. namun belum ada satupun yg boleh dibangga dan dikagumkan oleh masyarakat antarabangsa. penerbangan ke angkasa lepas oleh rakyat malaysia yg hanya menjadi 'penumpang' adalah lagi satu usaha mewujudkan hero melayu baru dalam 'the modern malay folklore'. tidak ada yg boleh dibanggakan kalau hanya jadi penumpang. malah oleh kerana tidak ada tugas mencabar diberi kpd angkasawan kita, beliau mempunyai banyak masa untuk melayan pertanyaan anak-anak sekolah dan perdana menteri yg 'kagum' dengan 'kejayaan' bangsa malaysia era moden ini. inilah satu lagi contoh pembaziran wang rakyat oleh kerajaan hari ini yg lebih pentingkan 'quantity' daripada 'quality'. alahai bangsa melayu yg semakin lembik. bukalah mata dan perhatikan apa yg telah dicapai oleh bangsa lain di dunia dan juga kaum india dan cina di negara ini. tak malukah melayu lihat cina dan india memiliki kereta mewah dan rumah besar hasil titik peluh sendiri, walhal ramai melayu mencapai tahap yg sama dengan wang rasuah dan jadi 'broker' untuk dapat projek kerajaan? mengangungkan angkasawan melayu pertama mengelilingi angkasa lepas samalah seperti melihat si luncai terjun dengan labunya...insaflah wahai melayu yg semakin tenggelam dek mainan sandiwara bangsa sendiri..