Monday, October 1, 2007

DATUK WAHID HIJRAH KE MAYBANK?

Datuk Abdul Wahid Omar adalah seorang CEO yang mempunyai perwatakan yang lemah lembut dan gemar tersenyum. Saya pernah makan tengah hari dengannya bersama boss lama, Datuk A Kadir Jasin dan berbuka puasa yang diatur oleh rakan saya, Puan Mariam. Apabila berbual dengannya, Datuk Wahid mendengar pandangan kita dengan penuh minat sebelum memberikan sebarang ulasan atau pandangannya.

Dalam artikel terbaru di sini , Bigdog mendengar sumber bahawa Datuk Wahid yang ketika ini CEO Kumpulan Telekom Malaysia (TM) akan berhijrah ke Maybank Berhad sebagai CEO dan Presiden. Betul ke?

No comments: