Wednesday, October 24, 2007

THE MALAYSIAN RESERVE MAKIN DIMINATI

Semalam saya berkunjung ke pejabat akhbar perniagaan, The Malaysian Reserve (TMR) , di Petaling Jaya untuk menemui beberapa rakan seperjuangan. Di sana saya, bertemu dengan Halim Wahab, Habhajan Singh, Ng Ching Yin dan Fadzil yang kini antara "orang kuat" akhbar perniagaan harian itu. TMR diterbitkan oleh SYED HUSSAIN PUBLICATIONS SDN BHD.

Menurut Hab, sambutan pembaca amat menggalakkan kerana TMR yang menggunakan tagline ALL BUSINESS DAILY adalah akhbar perniagaan harian yang menyediakan pelbagai maklumat. TMR dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama yang memuatkan pelbagai berita am dunia perniagaan dan kedua iaitu MONEY yang menyediakan pengetahuan bagaimana "menjaga" kewangan anda. Bilangan pengiklan juga semakin bertambah dari semasa ke semasa.

Syabas dan Selamat Maju Jaya kepada Hab dan Halim.

No comments: