Monday, October 15, 2007

SATU HARI SEBELUM RAYA


(Dua beradik - Iyra (kiri) dan Cynta, sedang menunggu makanan yang lambat tiba untuk berbuka)

Menikmati juadah ikan bakar ketika berbuka adalah antara kegemaran Cynta dan Iyra. Oleh itu, sehari sebelum Aidilfitri, mereka berdua pun berkunjunglah ke gerai ikan bakar di Kuala Perlis. Oleh kerana hanya sebuah gerai saja yang buka ketika itu, maka dua beradik itu cubalah datang setengah jam lebih awal untuk menikmati makanan itu. Rupa-rupanya setengah jam itu tidak mencukupi untuk pengusaha gerai menyediakan makanan. Maka berbukalah kedua-dua beradik itu dengan kurma dan air mineral water. Setelah hampir sejam menunggu, maka barulah nampak "bayang-bayang" ikan bakar itu. Ketika itu, selerapun sudah hilang. Cubalah buat kerja yang lebih cepat lagi. Setiap tahun macam tu saja. Tahun 2005 terkena juga sehari sebelum raya. Tahun ini pun, sama juga. Amacam Majlis Perbandaran Kangar? Mungkin di luar bidang kuasa kot? Datuk Seri Shahidan Kassim mungkin boleh membantu.

No comments: