Sunday, October 21, 2007

BUDAK NAKAL KENA ROTAN

Apabila Presiden PPP, Datuk M Kayveas mengugut hendak keluar BN beberapa bulan lalu, tiada pemimpin UMNO yang mengambil kisah dengan ugutan itu. Jika adapun, pandangan setakat memberi luahan biasa saja. Ini kerana mereka memahami perangai Kayveas yang suka untuk mencari publisiti bagi "memperkuatkan" partinya. Beliau mahu memperjuangkan "kepentingan" PPP untuk terus mendapat sokongan padu. Bising, makalah dapatlah sokongan. Itulah sebab beliau terus memimpin PPP walaupun ramai lagi yang layak berbuat demikian terutamanya pemimpin muda yang berwibawa.

Apa yang menyebabkan Kayveas sering "mengacau" dan "membuat bising" termasuk terhadap parti-parti komponen BN seperti Gerakan? Apa yang menyebabkan beliau sering bergaduh dengan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik? Hasratnya satu ialah untuk dilihat sebagai "jagoan" parti yang perlu disokong sepanjang hayat. Itu saja. Beliau tidak kisah tindakannya itu menyakitkan hati atau membantu memberi "peluru" kepada pembangkang. Sudah tentu pembangkang akan menggunakan kesempatan ini untuk "membelasah" pemimpin BN. Sudah tentu ungkapan, "tengok dalam BN pun ada masalah" akan timbul, gara-gara Kayveas yang suka "menghentam" pemimpin BN kiri dan kanan. Yang terbaru beliau memperlecehkan cadangan Ketua Pemuda Gerakan mengenai gabungan parti-parti dalam BN sebagai satu entiti.

Mungkin beliau merasakan sudah berjasa kepada bangsa Melayu apabila menimbulkan isu C-TOS sebelum ini. Ini kerana C-TOS mempunyai implikasi mendalam kepada kedudukan ekonomi bangsa Melayu. Oleh kerana maklumat C-TOS, bank tidak memberi pinjaman rumah atau kereta kepada bangsa Melayu. Bangsa Melayu tersepit dan menderita. Mereka terpaksa mencari sumber wang lain. Maka hiduplah Along. Siapa di belakang Along. Semua orang tahu. Oleh itu, seperti haiwan sarkas setelah mengadakan pertunjukan perlu diberi makan dan disuap di mulut. Tidak percaya, tengoklah pertunjukan anjing laut. Jika Pandai membuat show akan diberi makan. Itulah yang beliau mahu. Setelah berjasa, perulah diberikan banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Kayveas oh Kayveas. Perangai tidak habis-habis macam tu. Sekadar memberi pandangan untuk kebaikan diri dan mengukuhkan semangat setiakawan. Tidak niat lain.

Oleh itu, apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ali Rustam meminta PPP keluar daripada BN, sudah tentu kita boleh menjangka "nasihat" berguna daripada UMNO kepada PPP. Itu yang dilaporkan oleh Malaysiakini yang menyatakan "nasihat" DS Ali itu mengejutkan perwakilan PPP dalam satu mesyuarat di Melaka, minggu ini. Dalam ertikata lain, DS Ali menasihatkan PPP jadilah "budak baik" dan jangan selalu meragam untuk meminta itu dan ini sehingga memeningkan kepala ibu bapa.

Kini tindakan DS Ali dilihat sebagai tidak wajar dan digambarkan seolah-olah merosakkan "semangat kekitaan" dalam BN. Inilah yang ingin dipaparkan oleh media baru yang membuat pelbagai kecaman terhadap orang nombor tiga dalam ranking UMNO itu. DS Ali akan digambarkan sebagai pemimpin ingin menunjukkan kuasa. Macam-macam lagilah. Tengoklah nanti. DS Ali juga akan dilaga-lagakan dengan pemimpin UMNO lain. Mereka seolah-olah sudah lupa perangai dan sikap pemimpin PPP yang sering mengugut dan "membelasah" pemimpin komponen BN lain. Ibarat budak nakal, sekali-sekala perlulah dirotan supaya ibu bapa tidak menyesal bahawa mereka tidak merotan budak nakal itu apabila keadaan sudah teruk. Tontonlah filem ANAKKU SAZALI di mana bapanya menyesal tidak "membelasah" anaknya sewaktu kecil sehingga Sazali menjadi ketua perompak yang terkenal. BN sudah tentu tidak mahu ada parti komponennya menjadi perompak dan kemudian ketua perompak.

1 comment:

Anonymous said...

Cukup lah jadi tukang ampu UMNO. Memanglah jasa kita kenang, tapi perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan memutarbelit perbuatan khianat untuk terus berkuasa itu semua SALAH. SALAH tetap SALAH. Kita fikirlah untuk anak-anak kita masa depan, jangan ikut sedap emosi saja.