Thursday, October 11, 2007

KEPENTINGAN BANGSA PERLU DIUTAMAKAN

Ketua Pemuda PAS, Saudara Salahuddin Ayub, adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang selalunya rasional dan waras dalam membincangkan isu kepentingan negara. Beliau tidak emosional dalam mengeluarkan pandangannya terutama memperkatakan seseuatu program atau dasar kerajaan. Tindakannya tidak seperti rakan-rakan lain yang terus "menghentam" kerajaan kiri dan kanan, siang dan malam dalam semua jenis pentas terutama pentas politik. Dalam ertikata lain Saudara Salahuddin adalah pemimpin Melayu yang rasional dan bijaksana. Jika beliau di dalam UMNO, sudah pasti beliau akan diberikan jawatan Timbalan Menteri atau Menteri. Bijaksana, bijaksini dalam memperjuangkan kepentingan bangsa.

Oleh itu, kekecewaannya terhadap Pemuda Umno kerana tidak berminat mengadakan perbincangan mengenai isu-isu orang Melayu dan negara yang semakin mendesak, sejak kebekangan ini, menimbulkan pelbagai persoalan. Dalam berita Malaysiakini, Salahuddin berkata, pihaknya menyuarakan keinginan untuk mengadakan perbincangan dengan Pemuda Umno mengenai aspek kepentingan negara dan sekaligus kepada orang Melayu. "Fokus utama perbincangan antara kedua-dua parti terbesar orang Melayu ini ialah membabitkan isu rasuah yang semakin membara, kehakiman, pendidikan dan integriti polis yang semakin dipertikaikan orang ramai."

"Sebenarnya Pemuda PAS ingin berbincang tanpa sebarang syarat dengan Pemuda Umno dan tanpa mempunyai agenda kepentingan politik. Tetapi pendekatan dan pendirian Pemuda Umno mengenai perkara ini amat mendukacitakan, bukan sahaja Pemuda PAS tetapi juga orang Melayu keseluruhannya," katanya. Isnin lalu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian telah menghantar surat kepada Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan berkaitan perpaduan Melayu dan nasional antara kedua-dua pihak. Salahuddin berkata, surat yang dihantar kepada Pemuda itu adalah yang kedua kerana dua tahun lalu surat yang serupa dihantar bagi membincangkan isu remaja Melayu tetapi juga tidak mendapat respons. "Saya tidak tahu mengapa Pemuda Umno enggan mengadakan perbincangan tersebut sedangkan mereka tahu kebanyakan remaja Melayu merupakan anak ahli Pemuda PAS atau Pemuda Umno."

Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, mempunyai alasan tersendiri berhubung pelawaan mengadakan pertemuan dan perbincangan berkaitan perpaduan Melayu dan nasional antara kedua-dua pihak. Mungkin beliau sudah bosan dengan gelagat Pemuda PAS lain yang sentiasa melihat kerajaan sebagai pihak yang bersalah atau tidak menjalankan usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. DS Hishamuddin juga mungkin terguris dengan tuduhan PAS terutama Datuk Mustaffa Ali bahawa UMNO terlibat dalam rusuhan di Batu Buruk, Terengganu, bulan lalu. Tuduhan itu memberikan imej buruk kepada UMNO.

Bagi saya, cadangan untuk membincangkan nasib orang Melayu perlu diadakan oleh setiap pemimpin Melayu tidak kira sama ada pemimpin kerajaan atau pembangkang. Ini penting untuk memastikan nasib orang Melayu sentiasa terbela setiap masa. Apa yang saya maksudkan ialah "nasib semua orang Melayu" bukanlah hanya sebahagian atau segelintir saja. Melayu perlu mendapat pembelaan jika mereka menghadapi masalah. Saya pernah menulis masalah Melayu dalam laporan Hang Nadim Moden dan masalah Restoran Kelantan Delights yang diusahakan oleh rakan, Juhaidi Abdullah.

Dalam cerita Hang Nadim Moden, dua anak Melayu tidak diberikan permit import untuk perniagaan kereta mewah mereka kerana semata-mata permit import itu sudah diberikan kepada "peniaga" yang rapat dengan pemimpin tertentu. Yang menghairankan "peniaga" ini sudah ditamatkan hak pengedarannya oleh syarikat antarabangsa. Bagaimana pula ini boleh berlaku begitu?

Dalam kes Kelantan Delights pula ialah tindakan pengurusan KLCC menaikkan kadar sewa peniaga Melayu sehingga memaksa mereka keluar daripada gedung beli-belah mewah itu. Ironinya, tempat itu digantikan dengan Restoran Korea. Di manakah "roh Melayu" pengurusan KLCC sehinggakan tidak memikirkan mengenai keperluan mengadakan "makanan Melayu" di KLCC? Malah ada pemimpin Melayu mengatakan "jika sewa dah mahal sangat, keluarlah saja dan cari ke tempat lain yang lebih murah". Apa ni? Bukan hendak menolong tetapi boleh mengajar pula untuk pergi ke tempat lebih murah. Mana roh Melayu kita? Tiada ke? Sudah melayang ke disebabkan faktor lain?

Dalam masyarakat Cina, setiap parti politik mereka memperjuangkan nasib kaum Cina. DAP memperjuangkan kaum Cina dengan desakan lebih 150 peratus, diikuti oleh Gerakan dengan desakan 120 peratus manakala MCA pula sentiasa membuat desakan kepada kerajaan dengan kadar peratusan 110 peratus. Akhirnya dengan desakan kiri dan kanan, maka apa yang diingini oleh kaum Cina biasanya akan diperolehi terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan, pekerjaan dan isu sosial. Jika mereka tidak memperolehi semua yang diingini, kaum Cina mempunyai cara untuk mendapatkannya. Umpamanya, walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diadakan dengan banyak kontrak diberikan kepada peniaga Melayu, akhirnya kontrak itu sebenarnya dimiliki oleh peniaga Cina. Ini kerana ada peniaga Melayu hanya bertindak sebagai "orang tengah" atau broker saja. Amat malu dan menyedihkan.

3 comments:

Anonymous said...

why whenever talking about any issue? must wear a racist spec to see thing. Poor didn't recognise race, religious or culture. Why need to single out only bangsa Melayu which need helps? Lot of poor Chinese/Indian need helps too.
Instead of always mentioned about Bangsa Melayu, why not Bangsa Malaysia. Sad phenomenon in this country despite independent for 50 years.

Anonymous said...

roh melayu..... so macam mana pulak dgn roh china dan india....so klcc kena bagi keistimewaan kepada kelantan delights pasal mereka ini meyajikan makanan melayu di klcc?...setuju tak kalau klcc bagi keistimewaan yang sama kpd cina dan india ?

Husin Lempoyang said...

anon dua ekor ni cakap macam baik saja. Adakah kacamata orang cina dan india itu colorblind?

Sementang mereka bercakap dalam sudut bahasa kesejagatan, adakah kepentingan semua bangsa benar dipentingkan melebihi dari kepentingan sendiri i.e. kaum mereka juga?

Senjata kita yang kuat adalah sejarah. Adakah benar kaum cina dan india benar-benar dalam sejarah negara ini berjuang samada untuk kemerdekaan atau apa sekali tuntutan politik sepanjang kewujudan mereka di bumi Melayu ini atas kad jemputan penjajah Inggeris dari abad 19 pernah membuang politik perkauman mereka?

Apabila disebut ekonomi, mereka mahukan meritokrasi bukan sebenarnya kerana mahu peningkatan effisiensi dan lain-lain asas kebaikannya, tetapi ini akan memudahkan mereka memasuki sektor kerajaan. Adakah mreka tidak merasa langsung projek-projek kerajaan berupa pengswastaan? Ada malah mereka masih menguasainya juga. BUkankah mereka menguasi sektor2 tertentu hingga 80%? Masih juga mahu 20% itu?

Apabila disebut isu-isu Interfaith dan murtad, bukankah ianya melibatkan kebanyakkannya kaum-kaum India yang berugama Hindu dan Keristian? Adakah isu-isu ini seimbang dengan hak-hak orang Islam seperti isu-isu yang melibatkan hak anak-anak yang sudah baligh dan berakal tetapi di kekang oleh undang2 manusia untuk memeluk Ugama Islam i.e. kes Suzy Teo? Betulkah bahasa hak berugama yang dilaungkan mereka? Mengapakah orang2 Cina dan India begitu menyingkir terhadap anak2 mereka yang mahu memeluk agama ISlam? Kebebasan beragama? Ptoooi ... perkauman juga. Islam itu Melayu dan mereka memandang rendah Melayu.

Kita perlu berawas dengan mereka2 ini yang nilai dan alasan mereka yang sentiasa berubah-ubah dengan masa dan fesyen. Panjang dan pendik ceritanya, mereka yang sudah 50 tahun kita "anugerahkan" kerakyatan masih memandang hanya dari kepentingan diri kaum mereka.

Ideal sekali kita rakyat Malaysia boleh membuang kacamata kaum dalam melihat dan menangani masaalah dan isu. Masaalahnya realiti yang terpampang di mata kita adalah segregasi rakyat berdasarkan kaum masih jelas sebagaimana ianya berlaku pada tahun-tahun sebelum 1970. Rakyat masih dikaitkan kepada satu-satu kaum dalam pekerjaan, sektor ekonomi, tempat tinggal, georafi urban-rural, bahasa, pendidikkan, peluang-peluang perkerjaan/perniagaan, dan pelbagai pencapaian.

Namun sesuatu yang tidakmahu diperakui oleh mereka-mereka seperti anon dua ekor ini adalah sepanjang DEB, polisi berkenaan kemiskinan tidak melihat dari kacamata kaum. Namun, realiti dalam dunia yang ekonomi di kuasai oleh kaum asing adalah jika dua orang miskin dari melyu dan bukan melayu, setelah di tolong, hak yang melayu masih tidak dapat mengeluarkan diri mereka dari kemiskinan. Selain menyalahkan Melayu yang sering cara mudah untuk melihat masaalah ini, suatu lagi realiti adalah kaum Melayu tidak ada infrastrunture dan sumber untuk membantu kaumnya sendiri.

Jika kerajaan tidak membantu kaum Melayu, kaum lain belum ingin mahu membuang kacamata perkauman mereka untuk memberi kaum Melayu peluang yang adil berdasarkan merit.

Itu realiti.