Sunday, October 21, 2007
JAGA TULANG BELAKANG BAIK-BAIK
(Jika ingin minum dengan rakan-rakan, carilah kerusi yang boleh kita bersandar. Ini untuk memastikan tulang belakang tidak tertekan. Janganlah pula suka membongkok)
Semalam ketika bersembang dengan Mie dan Dri, saya ada menyebut mengenai keadaan tulang belakang kita apabila sudah tua. Apa yang kita buat ketika muda akan menentukan "nasib" tulang belakang kita. Antaranya apa jenis hobi atau permainan yang kita suka lalukan. Umpamanya bermain ragbi atau gardening. Bermain ragbi dengan cara yang salah boleh mencederakan tulang belakang. Sering mengangkat pasu atau baja dalam kedudukan tidak betul turut mencederakan tulang belakang. Perlu mencangkung sebelum mengangkat pasu atau sekampit baja. Jangan membongkok dan mengangkatnya, pasti boleh "merosakkan" tulang belakang.
Selain itu, posisi ketika duduk juga akan menentukan keadaan tulang belakang kita. Saya pernah menulis menasihatkan rakan-rakan agar tidak duduk berjam-jam di atas kerusi yang tiada tempat bersandar ketika melepak dengan rakan-rakan kerana ia boleh menyakitkan tulang belakang. Apatah lagi individu berbadan besar. Oleh itu, carilah kerusi yang boleh bersandar agar membolehkan tulang belakang berada dalam keadaan selesa. Kalau berbadan besar, adalah elok menggunakan tilam keras untuk memastikan badan kita tidak "melendut" mengikut tilam. Apabila tilam melendut maka tulang belakangpun akan melendut. Jadi bengkok dan menyakitkan. Dengarlah nasihat pakar. Tidak percaya ke?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment