Teman memberitahu saya, kawannya yang hendak pergi Barcelona, Sepanyol melalui London baru-baru ini terpaksa tunggu enam jam di Lapangan Terbang Heathrow, gara-gara kelewatan pesawat MAS dari Kuala Lumpur. Oleh kerana kapalterbang MAS lewat dari KL, maka penerbangan sambungannya ke Barcelona "terlepas" dan berpeluhlah untuk menunggu enam jam. Perkara biasa ke ni? Atau sekali-sekala?
Selepas itu, apabila tiba di Barcelona, satu begnya hilang. Apa nak jadi dengan MAS ini yang pernah satu masa dulu antara penerbangan disegani di dunia amnya dan di rantau ini khususnya. MAS mesti baik segala-galanya. Jangan cabin crew cemerlang tetapi jadual penerbangan "hancur" kerana selalu lewat. MAS perlu jadi Malaysia Amat Sempurna. Keadaan MAS kini, mungkin singkatan untuk "Masih Ada Masalah" yang perlu diteliti oleh Datuk Idris Jala dan pengurusan tertingginya. Saya yakin perkara ini boleh diatasi.
Baru-baru ini, Datuk Idris kelihatan segak di sebelah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketika melancarkan MAS Wings. Tengok-tengoklah Pak Idris supaya MAS boleh dianggap sebagai usaha memartabatkan Maruah Anak Sarawak. Jangan biar penumpang bertanya, "Mengapa Ada Salah" saja.
Wednesday, October 3, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment