Sunday, October 21, 2007

PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT

Hari ini, sudah pasti warga kota berpusu-pusu pulang ke Lembah Klang daripada kampung masing-masing. Ada yang bergerak sejak pagi tadi dan tidak kurang juga yang memulakan perjalanan selepas makan tengah hari. Yang bermula dari Perlis itu pasti akan menghadapi kesesakan di sepanjang jalan menuju ke Alor Star kerana banyak pekan-pekan kecil di pertengahan jalan. Jika ada kereta berhenti untuk membeli suratkhabar pun boleh menyebabkan kesesakan panjang. Bersabarlah.

Untuk itu, saya mengambil kesempatan ini mendoakan keselamatan semua penumpang yang balik hari ini. Tidak kira Melayu, Cina, India atau kaum lain. Nasihat saya ialah pandu kereta dengan cermat agar jiwa kita selamat. Jika mengantuk berhenti sebentar di R & R Plus yang semakin cantik dan baik. Biarlah kita lambat sampai asalkan keluarga kita selamat semua. Menyesal dulu berpendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Jangan biarkan anak isteri kita cacat kerana kemalangan disebabkan kesilapan kita. Yakinlah. Berhemah di jalan raya dan jangan potong q.

No comments: