Saya mengikuti kisah adik Tee Hui Yi yang memerlukan jantung yang banyak disiarkan oleh media perdana dan news portal, Malaysiakini. Alhamdulillah, adik Tee selamat menjalani pembedahan jantung baru-baru ini. Terima kasih penderma budiman.
Dalam bulan Ramadan ini, ada juga insan mulia yang sanggup mendermakan organ anak mereka. Saya menerima email ini daripada seorang teman yang menceritakan coretan seorang petugas yang mengendalikan pendermaan organ manusia di Ipoh.
Assalamualaikum wbr,
Semalam, 21 Ramadhan, sewaktu saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah
selepas menyelesaikan kes-kes di OT, saya telah mendapat panggilan
'donor procurement' daripada hospital Ipoh . Penderma adalah seorang
Muslim 15 tahun, diagnosed brain death 11 am, selepas severe head
injury akibat kemalangan jalan raya.
Persiapan rutin mengambil masa beberapa jam dan kami sampai di
hospital Ipoh menggunakan penerbangan RMAF pukul 8 mlm. Selepas
sampai di Hospital Ipoh barulah saya mengetahui cerita sebenar.
Penderma merupakan seorang pelajar Maahad Tahfiz yang sedang
menduduki peperiksaan PMR, baru 2 paper. Dalam perjalanan pulang dari
sekolah menunggang motorsikal, beliau telah dilanggar lori dan
mengalami severe head injury. Selepas berusaha untuk menyelamatkannya
gagal dilakukan, pihak Hospital Ipoh telah bertanyakan kemungkinan
menderma organ-organ tubuhnya kepada kedua ibubapanya.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, penderma dikalangan orang Islam
adalah yang paling rendah sekali, dan sepanjang saya bertanggung
jawab terhadap program 'donor procurement' 4 tahun kebelakangan ini
tidak pernah saya berjumpa dengan penderma Muslim. Ini adalah kali
pertama persetujuan menderma diperolehi dengan mudah daripada sebuah
keluarga Muslim.
Apa yang membuatkan saya termenung sejenak dan bermuhasabah diri
adalah apabila mendengarkan alas an yang diberikan oleh si bapa.
Alasannya, sekiranya anaknya tidak dapat hidup untuk berbakti kepada
agama dan masyarakat, biarlah organ-organnya memberi nyawa kepada
yang memerlukan, mudah-mudahan penerima organ-organ tersebut akan
dapat berbakti kepada agama dan masyarakat.
Sahabat sekelian, teringat saya kepada cerita pengorbanan para
sahabat di zaman RasuluLah, yang sanggup mengorbankan nyawa anak-anak
mereka demi perjuangan Islam. Dan dalam hal ini, bukan sahaja si anak
tersebut terkorban dijalan Allah (menuntut ilmu) akan tetapi
organ-organya juga terus berbakti untuk umat manusia.
Sahabat sekelian, sewaktu bertarawikh di celah-celah almari baju di
OT Hospital Ipoh , saya termenung dan berfikir; sejenak saya merasa
bangga kerana masih ada dikalangan ornag Islam yang berjiwa besar
seperti ini. Sejenak pula saya merasa sedih, kerana lebih ramai lagi
umat Islam yang enggan melakukan pengorbanan. Saya bertanya pada diri
sendiri, sekiranya perkara yang sama berlaku kepada anak-anak saya
sendiri, sanggupklah saya memberikan consent untuk pendermaan organ?
Alangkan untuk menyumbangkan sedikit harta wang ringgit pada jalan
Allah pun saya amat keberatan inikan pula anak-anak yang saya cintai.
Apakah ini nilai yang saya pegang sebagai pejuang Islam? Alangkah
malunya saya di hadapan Rabbul Jalil.
Proses 'harvesting' berjalan dengan amat lancer. Malah sepanjang 4
tahun saya melakukan tugasan 'harvesting' inilah kali pertama proses
berjalan dengan amat lancar. Seolah-olah menandakan keredhaan
sipenderma dan ahli keluarga beliau keatas organ-organ yang
didermakan.
Sahabat sekelian, marilah kita membacakan sepotong AlFatihah untuk
roh simati, Mudah-mudahan rohnya diterima Allah sebagai roh
orang-orang yang mati syahid. AlFatihah.
Bagaimanakah pula dengan kita? Apakah kesudahan kita adalah dengan
kebaikan?
Mudah-mudahan kita dapat mempunyai kekuatan sebagaimana kekuatan
sibapa yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk tujuan kebajikan.
WalLahu 'alam.
(Renungan Rimau: Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh penderma dan mengangkat martabat keluarga insan yang menderma organ)
Wednesday, October 10, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
untuk yg telah pergi...Al Fatihah....semoga roh roh mereka mendapat rahmat Allah...
I wish you a blessed, and joyous EidilFitri...semoga ceria, mesra, dan di limpahi dengan Rahmat Allah.
Jika ada terasa hati, salah silap dari saya, saya mohon maaf jua.
idham
Dear Ibrahim,
I think the parents of this teenager, has quite a deep and real understanding of the religion therefore life. They, I think more than most, see the big picture.
I am questioning why simple rituals like sunat prayers have specific points indicated for that deed. How about a deed like this? Donating organs of their beloved son? Would a deed like this have similar rewards like laylatul qadr for example say? Can someone tell me it is like 2 umrahs or pahalas of a haji. Could this be the reason why people are more motivated to do simple sunat deeds (I did not say of obligatory ones) that only covers the individual. Whereas deeds that have communal good are placed on the back burners. This is a serious point I am pondering about our society. Is this where we have gone all wrong? People are point seekers after all. Food for thought! Forgive me if I sounded harsh..but I think you are yourself deep and a thinker.
Anyway allow me to still wish you and family,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Sdr Idham,
SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN daripada saya sekeluarga.
Sdr Ruby,
Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin daripada saya sekeluarga.
Semoga berbahagia di hari lebaran.
Post a Comment