Tuesday, October 30, 2007

LAW HIENG DING BERSARA POLITIK

Ahli Parlimen Sarikei, Tan Sri Law Hieng Ding mengumumkan ingin bersara daripada politik sepenuhnya bagi memberi peluang kepada golongan muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Tindakan pemimpin SUPP dari Sarawak ini perlu dicontohi oleh semua pemimpin politik yang sudah sampai masanya untuk bersara dengan memberi peluang kepada muka-muka baru. Tidak payahlah bergayut kepada kedudukan sekarang dan melakukan pelbagai perkara demi untuk kelangsungan hidup dalam politik. Berhentilah jika sudah tidak mampu lagi.

Dalam Buletin Pagi TV3 hari ini juga melaporkan Pengerusi SAPP, Datuk Yong Teck Lee berminat untuk bertanding dalam PRU 12 yang kemungkinan diadakan awal tahun depan. Pemimpin Sabah itu menyerahkan kepada pemimpin tertingi BN untuk menentukan kedudukannya sama ada bertanding di DUN atau Parlimen. Selamat berharap.

No comments: