Kisah dua pemimpin PAS dilaporkan dalam media tempatan dan luar negara minggu ini. Pertama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan perokok sebagai binatang atau haiwan. Dalam ertikata lain "tidak reti" bahasa. Sudah tahu merokok itu membahayakan, mengapa pula menghisap rokok. Teringat puisi penyair terkemuka Indonesia, Chairil Anwar - Si Binatang Jalang. Sayapun binatang. Tiger katakan. Tetapi yang membimbangkan saya ialah ramai ahli PAS akan keluar parti kerana marah digelar binatang oleh ulamak mereka.
Kedua ialah Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang dituduh pemimpin Al-Qaeda dan ditahan di Guantanamo Bay. Seperti orang kata jika ada orang fitnah kita, apa yang harus dibuat ialah bersabar. Sudah tentulah yang memfitnah itu akan mendapat balasan tuhan. Yang difitnah pula, doa mereka akan dimakbulkan oleh Allah SWT seperti orang teraniaya. Dalam kes ini, DS Hadi mendapat manfaat daripada difitnah. Satu ialah Daily Mirror memohon maaf dan kedua dapat duit raya yang boleh digunakan untuk Pilihan Raya Umum akan datang.
Menurut Malaysiakini, akhbar tabloid British - Daily Mirror - telah memohon maaf kepada DS Hadi Awang kerana tersalah melaporkan beliau sebagai pemimpin al-Qaeda dan seorang tahanan di Guantanamo Bay. Berikutan itu, Abdul Hadi menerima gantirugi sebanyak RM500,000 dari tabloid berkenaan, kata Setiausaha Politik presiden PAS itu, Syed Azman Syed Ahmad.
"Beliau menerima kira-kira RM500,000 dan permohonan maaf secara terbuka oleh Daily Mirror. Mereka telah mengaku kesilapan mereka," katanya. Katanya, presiden PAS itu masih berada di London untuk memuktamadkan penyelesaian itu.
Pada 1 Mei lalu, Daily Mirror telah menyiarkan gambar Abdul Hadi dalam sebuah artikel mengenai rancangan seorang pengganas untuk meletupkan pusat membelibelah Bluewater di Kent. Ia menyebut Abdul Hadi sebagai pemimpin ketiga Al-Qaeda dan berkata dia telahpun ditangkap dan kini ditahan di Guantanamo Bay.
Dalam permohonan maaf yang disiarkan dalam lamanwebnya, Daily Mirror berkata: "Ini tidak benar dan gambar itu telah tersalah siar. Artikel kami sebenarnya merujuk kepada orang lain, Abdul Hadi al Iraqi." "Encik (Abdul Hadi) Awang bukan dan tidak pernah menjadi ahli al-Qaeda...Encik (Abdul Hadi) Awang tidak pernah disoal atau ditangkap berhubung dengan keganasan, atau ditahan di Guantanamo Bay," katanya.
(Renungan Rimau : Kalau difitnah kita perlu bersabar. Tuhan akan menyebelahi kita. Jadi biarlah ramai orang fitnah kita, mana tahu kalau seorang fitnah kita dapat RM500,000, jika 10 orang kita dapat RM5 juta. Itupun kalau kita mata duitan. Apapun, banyak bersabar jika difitnah. Bak kata orang Melaka, "tak luak pun". Tetapi jika membabitkan maruah, jangan lupa mengambil tindakan yang sesuai.)
Wednesday, October 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Kita juga patut tanya pendapat Zainuddin Maidin pasai durian runtuh Hadi Awang ini.
Bukankah Zainuddin Maidin yang kata,"For me, the only language understood by the Western media is when their pockets are hit. The freedom preached by them is only rhetoric and their real value is money and for me the only way to fight the Western values of press freedom is by emulating Lee Kuan Yew's way."
....dan Zainuddin patut puji Hadi Awang dalam hal ini pula kan!
cheers.
Menteri Penerangan UMNO Zainuddin Maidin sanjung tinggi kemenangan Lee Kuan Yew dalam kesnya terhadap London Financial Times sambil menganggap kemenangan itu kemenangan ke atas nilai-nilai Barat berkaitan kebebasan akhbar(a victory over the "Western values of press freedom.")
Menteri Penerangan UMNO Zainuddin Maidin berkata lagi, "For me, the only language understood by the Western media is when their pockets are hit. The freedom preached by them is only rhetoric and their real value is money and for me the only way to fight the Western values of press freedom is by emulating Lee Kuan Yew's way."
Sekarang aku nak tengok sama ada si Zainuddin Maidin ini akan puji Abdul Hadi Awang,macam mana dia puji Kuan Yew atas kemenangan Abdul Hadi Awang ke atas nilai-nilai Barat berkaitan kebebasan akhbar seperti yang didakwa olehnya.
Bukankah lebih baik puji Hadi Awang daripada menjilat bontot Lee Kuan Yew?
Siapakah yang pengkhianat di sini?
cheers.
Post a Comment