Wednesday, October 17, 2007
JANGAN KIBAR JG KOYAK
Jika anda makan di BurgerKing (BK) di Taipan, Subang Jaya, jangan pandang ke atas bangunan di hadapan. Nanti anda akan menjadi marah kepada pemilik tempat itu kerana mengibarkan bendera Malaysia yang "separuh" saja. Ini kerana yang separuh lagi sudah terkoyak. Bahagian atas Restoran Korea Daorae itu turut mengibarkan bendera Selangor. Bendera itu masih ok tapi warnanya sudah pudar. Apa ni? Kalau hendak kibarkan Jalur Gemilang, kibarkanlah yang elok dan bukan yang terkoyak. Jika tidak ada bendera elok, tidak payah kibarkannya. Hormatilah sikit JG. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bolehlah melawat bangunan itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Selamat Hari Raya...Mohon maaf zahir batin Kanda..andai ada salah silap tutur kata mata pena...
Adinda Raden,
Kesalahan adinda (jika ada) sudah dimaafkan dari dulu lagi. Semoga Allah SWT memelihara keluarga adinda sepanjang masa. Banyakkan zikir untuk menghadapi cabaran.
Post a Comment