Monday, October 29, 2007

PAKLAH RASMI E.C.E.R. HARI INI

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pagi ini merasmikan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Pelancaran ECER bagi Terengganu disiarkan secara langsung oleh RTM1 dari Taman Awam Batu Buruk, Kuala Terengganu, TERENGGANU.

Antara sektor teras ECER ialah pendidikan, pelancongan, pertanian, pembuatan, minyak, gas dan petrokimia. Aktiviti hiliran industri minyak dimajukan seperti pembuatan plastik.

ECER diwujudkan untuk menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan sosioekomi bagi penduduk di kawasan yang meliputi 51 peratus Semenanjung Malaysia. Ia diharapkan menjadi sinar harapan kepada rakyat berpendapatan rendah terutama golongan yang miskin tegar untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.

ECER mensasarkan pelaksanaan 227 projek membabitkan nilai RM112 bilion yang akan dilaksanakan dalam tempoh 12 tahun. Ia diharapkan akan mengubah imej wilayah Pantai Timur meliputi KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG dan Mersing, JOHOR, untuk terus maju seperti wilayah lain di negara ini.

Pecahan nilai pembangunan ini membabitkan sumbangan kerajaan 39 peratus, GLC (20 peratus), swasta (20 peratus) dan 27 peratus oleh pelaburan swasta (PFI). Sebanyak 43 peratus daripada nilai pembangunan itu diperuntukkan untuk kemudahan perhubungan dan infrastruktur. Ini termasuk lebuhraya dan lapangan terbang.

1 comment:

A Voice said...

Adakah realistik perancangan mega berbeliyon utk jangka masa yang teramat panjang dgn item specifik dan perbelanjan khusus dlm suasana ekonomi global yg sentiasa bergerak dan berubah dgn pantas.?

Seorang pemain kewangan antarabangsa, Ed Seykota pernah berkata, "In the long term we die." Adakah tercapai RMK 9, IMP 3 (2005-20), Mission 2057, Economic Corridor Megamegh billion, etc., jika keupyaan pucuk kepimpinan agak lemah dalam mengurus utk jangka pendik bagi mendapatkan pertumbuhan relatif, menbendung masaalah inflation, masaalah employment/unemployment, financial mgmt, ketirisan, dan lain2? Semua perlu bekerja, bermula dari yang atas, bukan hanya berslogan.

Bukankah baik dirungkai dan dihebahkan item2 di dalam wilayah2 ini supaya lebih difahami? Corridor2 ini nampaknya lebih pengisian PR.

Dalam kes WPI, masaalah sampingan dari keselamatan, sovereignty, sosial dan ekonomi anak tempatan begitu ketara di masa depan. Minda rakyat akan hanya di khayalkan oleh dunia metropolis yang war2kan media perdana.