Wednesday, February 27, 2008

PEMBINAAN MASJID KRISTAL HARAM?

Datuk Seri Hadi Awang menegaskan pembinaan Masjid Kristal di Terengganu adalah haram. Ini kerana, menurut orang kuat PAS itu, masjid berkenaan dibina bukan untuk orang bersembahyang tetapi sebagai pusat pelancongan. Apa ni?

Bagi Kerajaan Negeri, pembinaan Masjid Kristal untuk membolehkan penduduk dan pelancong beragama Islam di kawasan berkenaan menunaikan solat. Ini satu kemudahan kepada rakyat. Perkara itu dilaporkan oleh Buletin 1.30 tengahari sebentar tadi.

1 comment:

Anonymous said...

sedara tiger,
saya bukan penyokong pas, tapi saya rasa ada betulnya cakap si hadi tu. masjid tujuannya untuk umat islam bersolat bukan untuk bermegah2 atau pelancong. tengok masjid selat di melaka tu. dibina di kawasan yang tak ada penduduk islam berdekatan. dengar khabar kerajaan negeri terpaksa kerah umat islam bersolat di masjid tu dengan bas. inilah masalahnya bila nawaitu dah tak betul.. sekadar memberi pendapat.