Tuesday, February 19, 2008

SLOGAN POPULAR PRU12?

Memilih perkataan atau ayat yang baik untuk dijadikan slogan atau frasa bukan mudah. Apatah lagi slogan atau frasa itu untuk menaikkan semangat atau memberi imej tersendiri kepada penuturnya.

Di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, slogan "Malaysia Boleh" amat popular yang mendorong rakyat Malaysia untuk mencapai kejayaan termasuk belayar secara solo atau mendaki Gunung Everest. Pada PRU 2004, Pak Lah menggunakan slogan, "Bekerja bersama-sama saya dan bukan untuk saya." Ia membawa maksud bersama-samalah kita bekerja untuk memajukan Malaysia.

Di Amerika Syarikat dalam kehangatan pemilihan menjadi calon Presiden, kem Senator Hillary Clinton menuduh Senator Barrack Obama menggunakan frasa yang pernah digunakan oleh Gabenor Massachusetts, Deval Patrick. Ayat yang digunakan ialah "I have a dream" dan "All men are created equal". Frasa ini digunakan oleh Obama untuk membalas kenyataan Hillary bahawa Obama ialah seorang yang pandai cakap tetapi bukan seorang yang boleh buat kerja.

Bagi kem Hillary, jika Obama pandai bercakap, maka ia perlu menggunakan perkataannya sendiri dan bukan orang lain. Obama menjelaskan dua perkataan itu dipinjam daripada rakannya, Deval dan ia bukanlah satu isu yang besar. Malah, Obama menyatakan Hillary juga pernah menggunakan frasa yang digunakannya iaitu "It's time to turn the page" dan "fired up, ready to go".

Di Malaysia, menjelang pilihanraya umum kali ini pelbagai kenyataan menarik diluahkan termasuk kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu iaitu "Kepala tidak ada mana boleh badan ada lagi" atau kata-kata Datuk Seri Dr Rais Yatim iaitu "siapa yang gugur tidak perlu menangis, siapa yang kekal tak perlu sombong".

Apakah slogan atau frasa yang paling popular pada PRU12 ini?

6 comments:

. said...

MB Selangor ada menyebut, "Berikan satu minit untuk memangkah BN, kami akan berikan lima tahun untuk membela rakyat."

ahm said...

anwar ibrahim kata, "jika malam ini kita diumumkan menang pilihanraya, esok saya umumkan harga minyak turun..."

kenyataan ini datangnya daripada bekas menteri kewangan yang menurutnya sepanjang 8 tahun memegang portfolio harga minyak tak pernah naik, kekal ditahap RM1.10

apa ulasan datuk?

ibrahim yahaya said...

Sdr Norizan,

Bagi yang memahaminya tidaklah sukar tetapi bagi golongan yang keliru atau dikelirukan, usaha berterusan untuk menjelaskan kenyataan itu perlu diperhebatkan.

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Saya perhatikan ada kesinambungan jelas antara pemerintahan Tun Dr Mahathir dengan Pak Lah. TDM pernah berkata sebelum ini bahawa satu hari nanti mungkin sampai ketikanya negara perlu mengurang atau menarik subsidi terhadap beberapa barang antaranya petroleum, diesel dan gas.

Alasannya ialah rakyat negara ini tidak boleh terus mendapat subsidi tetapi membebankan kerajaan. Malah, ada golongan yang menyalahgunakan subsidi ini termasuk "mengeksport" keistimewaan ini ke luar negara.

Satu hari itu sudah sampai. Pak Lah melaksanakannya dan penarikan itu sudah tentu menyebabkan harga minyak naik dan tidak boleh dikekalkan lagi. Jika Anwar ingin menurunkan harga minyak, sudah tentu jumlah subsidi yang perlu dikeluarkan oleh kerajaan melambung tinggi.

Saya akan terangkan perkara ini dalam entry yang akan datang.

ahm said...

datuk,
on the subsidy issue, i wish to further debate... however i shall wait for your next said entry

Anonymous said...

slogan paling popular bagi saya ialah "say NO to BN"

siapakah yang keliru? Sedangkan telah ditinggalkan 2 perkara yang denganya kamu tidak akan sesat selama-lamanya !!!