Friday, March 30, 2007

11 JUTA ORANG BOLEH AKSES INTERNET

Jika satu peratus daripada penduduk negara ini yang mempunyai akses internet membaca blog ini, maka jumlah pembaca akan menjadi 110,000 orang. Betul tak?

Ini kerana menurut [ Jeff Ooi ] ada lebih 11 juta orang, satu pertiga daripada penduduk negara ini, mempunyai akses kepada Internet. Selain itu, ada kira-kira 100 juta bloggers dalam dunia sekarang dan jumlahnya semakin meningkat.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Sdr,

Persoalannya ialah 'quality apa yang menjadi tatapan para internetters'Majority anak-anak kita?Adakah ianya menjadikan kita lebih arif atau sebaliknya atau bahan membakar diri kita sendiri.

Bak kata Yg Arif.Lord Deanning M.R
'its is only a crime if the element of morally wrong and that morally wrong must be a sin.'

Wassalam.

ibrahim yahaya said...

Sdr Haq,

kekerapan sesuatu blog itu dibaca bergantung kepada citarasa pembaca.

ramai pembaca suka melayar blog yang memaparkan salahlaku pihak tertentu. ada juga melayar blog yang menyentuh peranan wanita, ibu dan isteri.

tidak kurang juga yang melayar blog yang menceritakan pengalaman peribadi dan keluarga.

bagi bloggers pula, mereka boleh menulis apa saja. setakat ini...mungkin selama-lamanya, tiada halangan dan panduan tertentu.

ada yang menulis mengenai ibu bapa, suami isteri dan anak-anak. ada juga yang menulis mengenai ekonomi, bisnes, politik dan parti politik.

yang penting, seperti disebutkan sebelum ini...bahan yang dipaparkan mesti berfaedah dan bermaklumat.