Explore sebuah restoran mamak di PJ semalam. Ramai pelanggan bawa laptop. Hairan juga. Trend ke? Sibuk blogging ke? Lupa pulak nak bawa my laptop. Boleh aksyen sikit. Tiba-tiba terpandanglah kenyataan....FREE INTERNET ACCESS..WIFI..ditampal di dinding restoran. Oh patutlaa...
Ini sudah bagus. First class service. Saya pasti pemilik restoran ini seorang yang celik komputer, celik internet, celik siber atau mungkin seorang blogger. Tetapi kalau dia seorang blogger bila masa pulak dia nak buat bisnes? Kata orang blogger takde kerja. Bila masa pulak dia duduk di hadapan laptop atau komputer? Tak buat kerja ke?
Apapun otak dia first class. Mentality kelas pertama yang menggalakkan pelanggannya guna komputer, layari internet atau mungkin buat blog. Kalau semua berfikiran begitu... Malaysia pasti akan jadi negara maju pada tahun 2020. Nanti saya cerita mengenai kejayaan DIGI...kalau lawat pejabat mereka...sudah pasti anda akan bermimpi untuk bekerja dengan mereka....saya belum lawat..tapi dengar cerita pun dah syok...
harap-harap ada orang DIGI baca dan pelawa. Boleh buat cerita sikit...
Thursday, March 22, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
yelah sekarang ni ledakan teknologi maklumat..
sambung lagi..tadi tu testing je...at this age, sape je yang buta IT dianggap ketinggalan..tapi camne kalau they do not have access to this IT priviledge...tak kan nak salahkan mereka kot..aku rasa mereka pun sure nak participate dan sama2 memeriahkan budaya ini...tapi apa kan daya, disebabkan kekangan mereka hanya boleh melayarinya samada di sekolah, pusat2 komuniti, free internet access place atau di CC (not everyone can afford), atau tumpang kat ofis mak ayah). tapi yang penting mereka dapat memahami kebaikan dan manfaat ilmu internet itu.
aku nak tanya satu...perlukah seseorang itu rasa malu atau rendah diri sekiranya tidak ada lagi(atau belum mampu beli) sebuah "notebook" atau "h/phone canggih" yang boleh access internet. jangan terpranjat..ada orang yang macam tu..sampai segan nak bercampur dengan kekawan yang sewaktu dengannya..tapi aku tak lah..aku tak ade bende tu sume..tapi I will keep myself celik internet dan celik komputer..aku access internet kat rumah je pakai komputer lama yang bagak tu....Oh yea..yesterday i baru discovered kat One Utama New Wing ada free internet access station (near the shop owned by our ex-bos kat newsroom dulu -tapi dah tutup dah)..cuma out of 4 compuers yang ada..only 2 are still functional.
yeazzeh...aku ada baca article pasal DIGIHOUSE dalam papaer The Star sometimes early this year..memang seronok dan best kalau dapat lihat sendiri. Aku sentiasa teruja kalau dapat cover function DIGI. apa tak nya..they always revolutionised their approach in getting the media to write news about the company..ada berita tu tak besar sangat pun...but it will somehow keluar jugak..walaupun hanya R/Over...memang gempak...kalau aku jadi reporter la ni..sure aku propose kat boss aku untuk buat S/R pasal DIGI HOUSE tu...banyak angle boleh buat tu....so far aku rasa only THE STAR ada buat story tu...have u any ideas if there is any of our local tv stations has put that kind of story on air????
ajayne,
mencari dan mendapatkan maklumat tidak perlu malu. pakai komputer bagak ke, laptop mahal ke, laptop murah ke... tak penting.
yang penting ialah kita kena mengikut putaran masa dan bersedia menerima perubahan. jangan jadi katak di bawah tempurung...
saya cadangkan semua restoran di negara ini menyediakan free internet access untuk pelanggan mereka. Warong yang ada kemudahan pun elektrik pun boleh berbuat demikian. Masjid pun kena buat.
saya puji tempat-tempat yang sudah menyediakan perkhidmatan itu dan terbaru ialah restoran pizza hut.
syabas kepada mereka yang berpanjangan jauh...
mengenai program tv itu...setakat ini saya tak menonton cerita mengenai digi tu..
Post a Comment