Wednesday, March 14, 2007

PERLUKAH KITA JUMPA BOMOH?

Jika anda suka kepada perkara-perkara membabitkan makhluk halus, bacalah pendapat yang disuarakan oleh Mufti Perlis. Jika anda suka berjumpa bomoh, dengarlah nasihat Dr Mohd Asri.

Berita dalam akhbar Utusan Malaysia 13 Mac...

Pameran hantu khayalkan masyarakat – Mufti Perlis

KANGAR 13 Mac – Hentikan pameran hantu dan jin kerana ia tidak membantu, sebaliknya hanya mengkhayalkan masyarakat, tegas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.
Menurut beliau, pameran seumpama itu hanya menunjukkan masyarakat Islam terutama bangsa Melayu lebih mengutamakan perkara-perkara mengkhayalkan sedangkan masih banyak lagi perkara bersifat fakta yang harus menjadi fokus besar.
“Kenapa kita berlebih-lebih dalam perkara ini (pameran hantu dan jin)... ia tidak langsung membantu minda dan tidak membawa apa-apa kemajuan dalam usaha membangunkan Islam.
“Tumpuan berlebihan ini boleh menyebabkan dunia Islam dianggap hanya tertumpu kepada perkara-perkara mundur sebegini,” katanya.
Dr. Mohd. Asri berkata, sepatutnya pihak-pihak berkenaan berusaha menganjurkan program-program atau pameran bersifat fakta yang memberi kesan selari dengan usaha memajukan Islam.
“Benda-benda sebegini (pameran hantu dan jin) tidak patut ada (dibuat). Kita sepatutnya memikirkan perkara-perkara realistik yang bakal kita hadapi, bukannya terus berkhayal seperti ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr. Mohd. Asri mengulas surat pembaca dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam.
Seorang pembaca, Mohd. Hishamuddin Mansor dari Negeri Sembilan mempersoalkan apakah manfaat yang diperoleh daripada Pameran Alam Misteri: Jin dan Hantu yang sedang diadakan di Seremban sekarang.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Islam memang mengakui kewujudan makhluk halus seperti jin, syaitan, iblis dan sebagainya tetapi masyarakat tidak harus memberi tumpuan besar terhadap perkara itu.
“Dalam al-Quran juga terdapat surah-surah tertentu yang boleh dibaca apabila diganggu oleh makhluk halus ini yang bertujuan menghalau dan menjauhkan mereka.
“Tetapi jika kita terus berkhayal seperti ini, saya bimbang kita akan kembali kepada zaman Melayu lama yang mana semua penyakit akan dikaitkan dengan jin dan syaitan. Apabila sakit kita akan terus berjumpa bomoh dan jika mati pula terus dikaitkan dengan makhluk halus itu.
“Jadi, tinggalkanlah zaman bomoh-bomoh ini, kita memiliki sistem perubatan yang moden dan luas termasuk perubatan Islam. Beri fokus kepada perkara itu lebih mustahak,” katanya.
Dr. Mohd. Asri juga menyarankan supaya diadakan lebih banyak pameran tentang tamadun atau sains Islam seperti yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini yang mampu membina minda masyarakat Islam yang akhirnya dapat bersama-sama memajukan Islam.
“Islam anti khayal, jadi lebih eloklah pameran yang mengkhayalkan seperti itu (pameran hantu dan jin) tidak diadakan. Buatlah pameran yang lebih mendatangkan manfaat,” tambahnya.

5 comments:

Anonymous said...

Bomoh bomohan ni memang lebih banyak mengarut. Lebih menakutkan membawa kepada amalan khurafat. Ini termasuklah pameran2 hantu. Sedih memikirkan masih ada di kalangan orang kita yang berpendidikan tinggi pun masih bermentaliti manusia zaman memuja pokok dan batu, lebih percaya kepada kuasa selain Allah swt dalam menentukan tuah dan malang, sakit pening dan ajal maut. HANYA HANTU ATAU YANG BERCIRI HANTU YANG MEMUJA HANTU DAN MENCARI HANTU

ibrahim yahaya said...

rn,
saya cadangkan Mufti Perlis menulis buku bertajuk Makhluk Halus dan Manusia. Ini untuk membolehkan umat Islam memahami apa itu makhluk halus dan mengelakkan mereka terjerumus dalam amalan khurafat.

Anonymous said...

saya sangat bersetuju dengan saranan Dato'. Terbitkan buku begitu bukan untuk dijual atau mencari keuntungan tapi lebih kepada program dakwah dalam ertikata yang lebih luas. Sesuai juga dalam usaha menjana modal insan mentaliti kelas pertama.

ahm said...

fully agreed with datuk mufti asri, hayalan is intoxcicating

however has datuk mufti asri himself visited the said exhibition, or he merely gave comments based on press report and individual personal opinion.

rasanya agak kurang tepat untuk datuk mufti asri berhujah daripada pejabat sedangkan siasatan tidak diperincikan sejelasnya. kalau berasaskan hujan datuk mufti asri cukup tepat dan tidak diragukan.

namun sekiranya datuk mufti asri mengunjungi sendiri tapak pameran silap-silap bukan setakat menghayalkan bahkan mungkin menyimpang dan boleh memudaratkan akidah....mungkin pameran perlu
disaran ditamatkan sahaja.

barang harus diingat, kenyataan datuk mufti akan dijadikan rujukan dan panduan oleh orangramai, maka perlulah ianya dibuat dengan jelas dan berfakta.

apatah lagi datuk mufti asri masih kuderat muda dan cukup bertenaga untuk turun padang berbanding datuk-datuk mufti yang lain. jangan nanti kerana mulut badan merana. kerna kebelakang ini datuk mufti asri kerap membuat kenyataan yang bersifat kontraversi dan agak berbeza daripada persepsi lumrah orangramai

this is another example of ineffective delivery system from the government quarter. the culture of 'nato' still at large in the civil service

till then
cuti cuti malaysia
malaysia, truly asia

ibrahim yahaya said...

ahm,
the culture of "nato" is still very much alive..everywhere..government or private sector.