Thursday, March 29, 2007

PERIHAL LIPAS DAN KENCING TIKUS...

Pagi ini, makan di warong roti jala tidak selesa. Ketidakselesaan itu boleh digambarkan dengan kenyataan pedas Iyra, "I hate this place".

Apa tidaknya, selain roti jala dan minuman, turut dihidangkan ialah bau hancing air kencing tikus secara percuma. Setiap dua minit semerbak baunya. Mungkin malam tadi hujan...oleh itu banyak tikus di situ tidak dapat mengawal diri. Inilah hakikatnya jika makan di warong yang ditinggalkan semalaman. Maka bermaharajalelalah sang tikus berbanding restoran 24 jam yang lantainya dimop setiap sejam.

Anak-anak tidak suka dibawa makan ke warong. Macam anak orang kaya. Itulah hakikatnya apabila kita mendidik mereka mengenai kebersihan. Jika diberitahu akan dibawa untuk makan di warong, peringatan berikutan diberikan. "Daddy, make sure that place is clean. No cockroach, no rat." Wow...Macam anak orang kaya je. Tapi itulah resmi Cynta dan Iyra. Inilah diharapkan sikap generasi akan datang. Menolak tempat makan cara lama iaitu warong tepi jalan sebaliknya memilih restoran bersih dan tersusun. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur perlu memastikan kebersihan ini.

Berbalik kepada kencing tikus, isteri pernah terbaca mengenai kematian seorang wanita mengandung di Singapura. Apabila dibuat post mortem didapati dalam perut anak yang dikandung, ada air kencing tikus. Ini yang menghairankan doktor di sana.

Setelah dibuat penyiasatan, didapati wanita itu gemar minum air tebu yang dijual ditepi jalan. Apabila disiasat tempat menjual air itu, didapati penjualnya suka meletakkan tebu ditempat terbuka yang membolehkan tikus kencing di situ. Oleh kerana batang tebu itu poros, maka air kencing meresap ke seluruh bahagian tebu itu.

Penggemar air tebu, awas...pastikan tempat menjual air tebu itu bersih dan tebu itu sentiasa disimpan dengan baik. Bukan ditegakkan di sebelah pokok atau meja....

6 comments:

Lily Haslina Nasir said...

datuk tiger..
memang pun... saya sendiri kekadang kembang tekak bila melihat pekerja di restoran mamak rajin sangat mop lantai. bukannya apa, terbayang mop dicelup dlm baldi yg airnya tak pernah berganti. dan paling meloyakan, ada waktunya mop tu baru aje 'bertugas' di tandas yang berjejes segala kotoran. habis satu restoran disapunya lepas tu...

ibrahim yahaya said...

Sdr lily,

saya memang pantang jika sedang makan, ada orang menyapu atau mop lantai. mop pulak tu pakai bahan pencuci yang baunya...amat memilukan hati...tengggikkk

tetapi...apa nak buat, mereka punya restoran, mereka boleh buat apa sajelah..tetapi kadang-kadang bagi tahu juga kepada pekerja jangan menyapu....maka terbeliaklah biji mata mereka...mungkin tidak faham atau frust kerana disuruh berhenti...

tulah...tauke Melayu perlu perbanyakkan restoran mereka. ikut jejak langkah Restoran Puteri di Brickfields atau Restoran Azira di Shah Alam.

macam-macam ada...barulah seronok buat pilihan.

tetapi harga, jangan biarkan pekerja dari seberang tentukan...adakala tinggi...mungkin bos suruh caj gitu kot..

Fauziah Ismail said...

Tiger
Rats are my number one enemy. If I know a makan place ada tikus, memang lah I tidak akan pergi ke sana lagi. My friends know this very well. I sanggup berlapar dari makan kat tempat2 seperti itu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Fauziah,

Kata orang tua-tua dulu, tak boleh sebut t-i-k-u-s dalam rumah...(tak tahulah kalau sebut rat)..sebab dia orang kata..tikus boleh dengar apa yang kita cakap.

jika kita ada sebut macam "tikus ni nak kena bunuh" atau niat jahat dengan mereka, maka mereka akan gigit tilam, stokin, kasut, baju, seluar atau selimut.

maka kita guna code word iaitu mak manti kalau cakap mengenai tikus...kelakar kan? sekarang ni zaman moden..kalaulah ada orang berfikiran begitu, mereka kena belajar code word dengan FBI.

Pi Bani said...

Aiseh... ni yang hilang selera nak makan kat luar ni... home-cooked food is still the best lah!

ibrahim yahaya said...

Sdr Pi Bani,

agreed...home-cooked food is the best.

dulu-dulu, masa mak masak tak ada komplen pun..semuanya sedap. tapi apabila isteri masak..semua tak kena..kurang masinlah, terlalu manislah....alo..isteri tengah belajar le...

memanglah berbeza...makan je dan kemudian puji masakan itu. lama-lama isteri akan belajar untuk memperbaikinya...sebab dia pun tahu tak berapa sedap...

makan luar...air suam pun kena bayar 30 sen...kat rumah, boleh minum satu botol...percuma