Saturday, March 17, 2007

JAGA-JAGA DOKTOR PALSU

Pengalaman selama sebulan setengah di UMMC membolehkan saya mengumpul pelbagai berita mengenai apa yang berlaku di hospital. Antaranya ialah doktor palsu yang bukan saja mencuri tetapi juga mencabul kehormatan pesakit. Oleh itu, berhati-hatilah ketika berada di hospital kerana ramai orang yang akan mengambil kesempatan di atas kesakitan kita....terutamanya ketika kita tidur.

Bacalah berita bernama ini.

Doktor Palsu, Satu 'Masalah Kesihatan'

Oleh Zulkiple Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Baru-baru ini, penyamaran seorang doktor palsu telah terdedah apabila dia dikatakan cuba mencabul kehormatan seorang pesakit di sebuah klinik swasta di Johor.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, bercakap pada pemberita di satu majlis di Skudai, berkata suspek sebenarnya seorang pembantu perubatan yang bertugas sebagai "locum" di klinik tersebut dengan bayaran RM40 satu jam.

Dr Chua menasihati orang ramai yang berkunjung ke klinik-klinik swasta bahawa mereka mempunyai hak untuk melihat sijil amalan doktor-doktor swasta tersebut jika terdapat elemen-elemen yang boleh menimbulkan syak wasangka.

Tetapi, ini bukanlah kes doktor palsu pertama di negara ini.

"Masih ingat tak pada satu kes, yang berlaku pada awal 1980-an apabila seorang individu yang dikenali sebagai 'Dr Zainal' ditahan kerana menyamar di Hospital Besar Kuala Lumpur (kini Hospital Kuala Lumpur - HKL)," kata Dr Azli Awang.

Selepas kes tertangkapnya Dr Zainal, orang ramai terperanjat bila mereka diberitahu ada lagi beberapa kes doktor palsu di hospital tersebut.

Jelas beliau, pada masa itu agak mudah untuk doktor-doktor palsu memasuki hospital yang besar seperti HKL.

Apatah lagi menyamar sebagai doktor di klinik swasta, sudah tentu lagi mudah, kata Dr Azli, 46 tahun, yang juga merupakan seorang pengamal perubatan swasta di Shah Alam dekat sini.
..................................................................

Saya ingin menasihatkan kepada pesakit agar tidak menyerahkan barang-barang kemas kepada sesiapa saja yang datang mengaku beliau seorang doktor. Berikan kepada pegawai yang dikhaskan untuk berbuat demikian. Maklumat ini boleh didapati daripada staf nurse yang bertugas. Jaga-jaga di hospital.....

No comments: