Wednesday, March 28, 2007

BAHAGIAN DALAM JANGAN MAKAN....perrgghh

Fadzil menegur saya makan bahagian dalam ayam. Kalau boleh jangan makan. Saya minta daging goreng..dah habis...tauke warong bagi hempedal. Makan je...Mengapa Fadzil? Kalau boleh elakkan...itu saja. Kamu ni macam orang tua dulu-dulu. Kalau saya nak makan hempedal, dia orang kata tidak boleh...nanti susah nak bersunat. Daeing menyampuk...hempedal ni sedap, tulah mereka tak bagi makan. Fadzil mencelah...aku cakap tak yah makan tak yah makanlah...nanti kamu tahu le sebabnya...mengapa? tiada jawapan. diam...sebab fadzil syok makan ulam dengan cencalok...saya tak boleh..gatal.

Yang saya tahu ialah hati ayam. Orang kata, kalau ayam kena injection untuk pembesaran, bahan kimia akan berkumpul di bahagian hati.... maka hati ayam tidak elok dimakan. Perrgh...hati kan sedap. tak boleh makan pula...macam mana? ada pakar ke yang boleh bagi jawapan.

Fadzil mencelah lagi. Beliau pergi ke Eropah, orang tidak menjual bahagian kepala ikan...semuanya bahagian bawah saja. Orang putih kata bahagian atas iaitu kepala ikan terutamanya di bahagian tepi kepala ialah bahagian penapis kekotoran. Itulah bahagian yang paling sedap. Sedap dinyonyot dengan kuah...Fadzil ...benggang sikit...kamu nak makan, makanlah...bagi tahu tak nak dengar...

Betul ke bahagian kepala ikan tidak elok dimakan? Amacam Sdr Nobisha yang gemar makan kepala ikan, boleh jawab ke?

4 comments:

zewt said...

lebih baik jangan makanlah organ organ ikan dan ayam... saya nampak saudara melayu biasa suka makan paru lembu... saya rasa... sangat tak sihat tu.

ibrahim yahaya said...

Sdr Zewt,

paru lembu memang kegemaran bangsa Melayu terutama golongan wanita.

tidak hairanlah di restoran Melayu ada disediakan paru goreng. malah penjual nasi lemak juga ada sediakan pilihan paru goreng.

satu lagi...perut ikan terubuk. ada orang makan nasi panas, perut ikan terubuk dan sambal belacan saja....tambah nasi tiga kali...

. said...

Kita hanya tak boleh makan kepala ikan apabila kita sudah mati. Selagi hidup, makanlah! hehehe

ibrahim yahaya said...

Sdr Nobisha,

Betul tu. Bila dah tiada, semua tak boleh buat. Ketika hidup pula jangan buat semua...