Tuesday, March 6, 2007

RASUAH TU TAK ELOK...PERCAYALAH (1)

Baca berita rasuah sana sini, sungguh menakutkan. Ada kecil, ada yang besar. Persoalannya mereka yang buat ni tidak tahu ke musibah akibat rasuah tu. Satu... musibah kepada diri kita....akan dimalukan di dunia dan akhirat...kalau tak buat tak pe..orang tuduh atau fitnah nanti Tuhan tolong betulkan...tapi kalau ambil tu ...bertaubatlah.

Yang paling tidak elok ialah musibah kepada keluarga. Biar tidak kaya atau hidup sederhana tetapi bahagia. Biar menangis kerana tak makan, jangan menangis masuk penjara. Biar berhutang, jangan mencuri.

Jika banyak duit daripada kegiatan tak elok..nanti anak jadi pelesit... hisap dadah. Minta dijauhkan. Duit rasuah jadi darah daging. Perangai keluargapun akan jadi tidak elok. (AJ, Cynta dan Iyra, ingat tu..).

No comments: