Sunday, March 18, 2007

PILIH PEMAJU BUKAN PILIH RUMAH

Menonton rintihan pembeli rumah yang menunggu rumah mereka bagaikan ...menunggu buah yang tidak gugur..mengingatkan saya kepada satu formula untuk membeli rumah.

Pilihlah pemaju yang mempunyai track record cemerlang dan barulah pilih rumah yang dibina.

Bagi saya, pemaju SIME UEP telah menunjukkan track record yang baik. Oleh itu, sejak 1980an saya telah membeli beberapa buah rumah yang dibina oleh SIME UEP dan semuanya tidak mengecewakan dari segi finishing dan harga jualan balik.

Jangan tertipu lagi wahai pembeli, pilihlah pemaju yang baik. Jangan kerana keluasan tanah besar dan harga rumah itu murah, maka kita beli rumah itu. Kita tidak kisah siapakah sebenarnya pemaju berkenaan...akhirnya kita yang rugi. Insaflah.

4 comments:

Anonymous said...

assalamualikum tiger,

lama sungguh aku tak menulis. Anyway..aku totally agree ngan kau. pilihlah pemaju yang berkualiti..walaupun harga rumah mahal tapi memang puas hati. Aku pun tinggal kat rumah of the SIME UEP product...memang tak rugi. Dah 10 tahun dah...finishing tetap maintain..malah harga naik dua kali ganda...berbeza ngan rumah yang husband and adik I beli kat Puchong..(from Pemaju yang famous gak satu masa dulu) murah memang lah murah...tapi after dua tiga tahun...ada je yang tak kena ngan rumah tu....dinding, bumbong leakinglah....paip tersumbat sana sini..pemaju ambik sikap lepas tangan je...bila mengadu..kata dah tamat tempoh guaranteelah...boring-boring..dah lah sewa rendah...akhirnya nak jual pun susah sebab harga murah daripada harga masa beli dulu...nak tak nak simpan jelah rumah tu dulu.....

ajayne29 (budak pinjam buku)

ibrahim yahaya said...

ajayne29,

saya puji SIME UEP kerana sejak Tan Sri Azmi jadi MD, mereka telah memastikan mutu terbaik diberikan kepada pembeli.

cuma, privacy pembeli....SIME UEP kena jaga sebab rumah belum siap ada ejen sudah call phone rumah (rumah lama) untuk bertanya sama ada hendak jual rumah baru itu. Ejen sanggup bayar pada harga tinggi. Persoalannya daripada mana ejen dapat nombor rumah dan handphone kita? Siapa yang bagi?

Satu lagi, rumah corner lot biasanya habis dijual. Yang beli pastinya pelabur kerana selepas hampir empat tahun saya duduk rumah baru, banyak rumah corner lot tidak diduduki dan papan tanda for sale terpampang. sepatutnya, SIME UEP perlu memastikan rumah corner lot tidak dibeli semata-mata untuk pelaburan. Ramai yang ingin memiliki rumah corner lot tetapi sudah dibeli oleh pelabur. kalau nak beli lot itu, kenalah bayar pada harga tinggi yang ditetapkan oleh pelabur...ini tak patut....

zewt said...

memang betul. pemaju adalah satu satu faktor yang paling penting semasa membuat keputusan membeli rumah. Kalau pemaju lari... habis lah wang kita.

ibrahim yahaya said...

zewt,
apa yang menyedihkan ialah ramai golongan berpendapatan rendah yang terbabit dalam kemelut pemaju rumah yang tidak bertanggungjawab.

sudahlah terpaksa membayar hutang kepada bank setiap bulan, mereka juga perlu membayar sewa rumah...kerana rumah baru tak siap.

kadangkala..tertanya-tanya juga mengapa pemaju seperti ini boleh lepas lari sedangkan pembeli terpaksa berjuang bermati-matian dan boleh dilihat di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen....

yang anehnya pula...ia sering berlaku dari tahun ke tahun. Yang terkena golongan berpendapatan rendah juga...Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul...