Bagi yang mengenali Faizal Fadzil, wartawan Berita Harian suatu masa dulu, marilah kita berdoa agar beliau segera sembuh.
Beliau kini mendapat rawatan di SJMC dan kini ditempatkan tingkat 2 CCU.
Semoga keluarganya terutama isteri, ayahanda, AF Yassin dan bonda beliau bersabar dengan ujian Allah.
Sunday, March 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
assalamualaikum datuk @ en tiger..thks 4 informing abt faizal...hope u ll keep the updates in here...i pun dah inform kengkawan lain....ini masa dia...ketika dia sedang bergelut..marilah kita memanjatkan doa utk keluarganya...but i do believe he s a strong guy...and hopefully wife faizal, rose lebih stronger...u datuk should share ur xperiences going thru such trauma moments n what made u healthy n managed to be strong after such trying episodes..waiting for that.for time being...doa kan faizal ada kekuatan itu..h is a nice chap u know...ms keta kompot
sekadar renungan bersama.ms keta kompot..
Apa yang dibaca pesakit dan dibacakan padanya dan ke atasnya dan bertanya tentang keadaannya
* Diriwayatkan daripada Siti Aisyah r.a bahwa Rasulullah s.a.w apabila hampir ke tempat tidurnya, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya, lalu menghebuskan kepadanya seraya membaca:
a) Surah Ikhlas
b) Surah Falaq
c) Surah Nas
Kemudian menyapu kedua telapak tangan tadi keseluruhan badannya, yakni mana yang tersampai, dimulakan dari kepala dan wajahnya dan mana yang sampai dari badanya, dibuatnya begitu sampai tiga kali. Berkata Aisyah lagi: Apabila beliau sakit disuruhnya aku membuat semacan itu kepadanya (Riwayat Bukhari dan Muslim)
* Kami meriwayatkan Daripada Siti Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w apabila ada orang yang mengadu sakit, ataupun ada tumbuh bisul atau ada tanda luka, beliau meletakkan hujung jari telunjuknya ke bumi, sebagaimana yang diberitakan oleh Sufyan bin Uyainah perawi Hadis ini, kemudian diangkatnya seraya mengucapkan:
Artinya: Dengan nama Allah, tanah bumi kita, dengan air ludah sesama kita, sampai sembuh pesakit kita, dengan izin Tuhan kita.
(Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud dan lain-lain)
* Dalam riwayat lain: Adalah Rasulullah s.a.w. seringkali menjampi dengan mengucapkan:
Artinya: Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah saja!
*
Kami meriwayatkan daripada Anas r.a. bahwa dia telah berkata kepada sahabat Tsabit r.a. Mahukah engkau, aku menjampimu dengan jampian Rasulullah s.a.w? Jawab Tsabit: tentu sekali! Maka Anas pun membacakan jampiannya begini:
Artinya: Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan! Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)
* Kami meriwayatkan daripada Usman Bin Abul-Ash r.a. bahwa dia pernah mengadukan suatu penyakit yang menimpa dirinya kepada Rasulullah s.a.w., maka beliau pun mengatakan: Letakkan tanganmu di tempat yang kau rasakan sakit pada badanmu, kemudian bacalah: Bismillah sebanyak (3 kali), lalu ucapkanlah doa ini sebanyak 7 kali:
Artinya: Aku berlindung diri dengan keperkasaan Allah dan kekusaanNya daripada bahaya yang aku temui dan aku takut.
* Kami meriwayatkan dengan isnad yang sahih daripada Ibnu Abbas r.a. daripada Nabi s.a.w. beliau bersabda: Barangsiapa yang menziarahi pesakit yang belum tiba ajalnya, lalu dia mengucapkan doa ini sebanyak (7 kali):
Artinya: Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik arasy yang agung, mudah-mudahan Dia menyembuhkanmu! – melainkan Allah s.w.t. akan menyembuhannya daripada penyakit itu.
* Kami meriwayatkan daripada Abu Umamah r.a. dia berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w :
Artinya: “ kesempurnaan ziarah pesakit, iatu hendaklah seseorang kamu meletakkan tangannya ke atas dahi pesakit, atau pada tangannya, lalu menanyakan keadaannya, bagaimana dia?!”
Apa yang diucapkan si pesakit kepala atau demam atau selainnya daripada penyakit
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengajar para sahabat doa untuk menghilangkan derita sakit dan daripada sakit demam panas, beliau membaca:
Artinya: Dengan nama Allah yang Maha Agung, kami berlindung diri dengan Allah yang Maha Agung, daripada keluhan urat yang berbisa, dan daripada penderitaan panas sakit yang membakar.
Hendaklah membacakan (1) Al-Fatihah ke atas dirinya sendiri bila sakit dengan:
(2) Al-Ikhlas
(3) Al- Mu’awwidzatain
Kemudian ditiupkannya pada kedua belah tanganya serta menyapukan ke seluruh badannya, seperti yang telah disebutkan terdahulu dari ini. Kemudian hendaklah dia berdoa untuk menjauhkan bencana dari dirinya.
njuran melunakkan hati pesakit dengan kata-kata yang menghiburkan
Diriwayatkan daripada Abu sa’id Al-Khudri r.a katanya: telah bersabda Rasulullah s.a.w:
“ Jika kamu datang menjenguk orang sakit, hendaklah kamu melapangkan dirinya darihal ajalnya, kerana yang demekian itu tiada mengubah sesuatu (yang sudah ditakdirkan baginya), tetapi itu akan melunakkan hatinya. (Riwayat Termizi dan Ibnu Majah dengan Isnad dhaif)
Memuji pesakit tentang amalan-amalannya yang baik dan sebagainya
Apabila terdapat kebimbangan pada diri pesakit, bolehlah dipuji tentang amalan-amalannya yang baik untuk menghapuskan perasaan bimbang itu daripada dirinya, dan supaya menimbulkan perasaan sangka baiknya terhadap Tuhannya s.w.t.
sdra tiger,
marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik utk kawan kita faizal, semoga Tuhan sentiasa bersama dia pada waktu2 sukar seperti ini.
sdra tiger,
marilah kita sama2 mendoakan yg terbaik utk faizal, semoga Tuhan sentiasa bersama dia pada waktu2 sukar seperti ini.
byk kenangan saya bersama sdra dan dia sewaktu kita di jalan riong...rgds ichong sabah bah
ms keta kompot,
terima kasih kerana memberitahu kawan-kawan mengenai faizal. kalau ada kesempatan lawatlah beliau di sjmc, tingkat 2, ccu.
marilah kita berdoa beramai-ramai dan saya yakin Sdr Faizal akan segera sembuh. InsyaAllah.
Sdr lichong,
faizal adalah kawan baik kita. banyak kenangan manis bersamanya.
waktu sukar begini amat perlu kita banyakkan doa untuknya. semoga tuhan akan memakbulkan permintaan kita.
Post a Comment