Saturday, March 24, 2007

RAPATKAN JURANG KEMISKINAN

Tazkirah sebelum Jumaat. Minta usaha serius dilaksanakan bagi merapatkan jurang kemiskinan yang semakin melebar di negara ini. Ketika ini, yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin semakin miskin. Kekayaan negara perlu diagihkan sama rata. Bukan individu tertentu saja yang semakin kaya. Keadaan tidak seimbang ini tidak boleh berterusan kerana ia boleh mendatangkan keburukan kepada negara.

Dalam pendidikan, ramai anak orang miskin tidak dapat meneruskan pendidikan dalam bidang profesional seperti doktor kerana bayarannya yang terlalu mahal. Bantuan tidak boleh diberikan kepada ramai orang. Ini menyebabkan anak petani tidak dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminatinya. Akibatnya, keluarga petani itu akan terus miskin untuk generasi akan datang. Anak yang cemerlang akan diminta berhenti belajar dan terus menjadi buruh kasar atau kerani.

Bidang kesihatan, hanya orang kaya saja yang akan terus sihat manakala golongan miskin akan terus merana kerana kos bayaran kesihatan terlalu tinggi. Pembedahan biasa saja kini berharga antara RM45 ribu hingga RM60 ribu. Belum lagi pembedahan yang lebih kompleks membabitkan ratusan ribu ringgit.

Perbualan dengan Haris selepas Jumaat mendedahkan isterinya terselamat daripada malapetaka kerana syarikatnya mampu menanggung kos pembedahan penyakit barah. Bayangkan jika beliau tidak mempunyai sumber kewangan, maka isteri akan pergi buat selama-lamanya. Untuk menjalani pembedahan di hospital kerajaan terpaksa menunggu tujuh hingga lapan bulan kerana ikut giliran. Di hospital swasta, hanya dalam masa seminggu. Apabila menunggu tujuh atau lapan bulan, barah itu sudah pasti akan berada pada tahap serius. Ketika itu, duit tidak berguna lagi....

8 comments:

AFRAR YUNUS said...

tuan
pada hemat saya tazkirah yang disampaikan sangat masuk akal. satu negara yang aman dan damai hanya dapat dirasakan jika majoriti penghuninya terasa keamanan dan kedmaiannya . namun jika segelintir orang sahaja dari golongan pemerintah tahu akan kehidupan yang bahagia tanpa merasakan kenaikkan harga bawang, gula, yuran sekolah, pakaian, sewa rumah dsb - maka tunggulah saat-saat musibahnya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Afrar,

Wakil rakyat adalah kumpulan terbaik untuk menyuarakan masalah dan penderitaan rakyat.

Jika mereka tidur, maka masalah dan penderitaan rakyat tidak akan dapat disampaikan kepada kerajaan.

Jika wakil rakyat cergas, bijak, berperasaan, mengenang budi, terus-terang, soleh, cepat bertindak, berani kerana benar, berjiwa rakyat, budiman, bersopan, peka, bermatlamat, jujur, ikhlas, suka turun padang, menghadiri kenduri-kendara dan kematian penduduk di kawasannya, duduk atau ada rumah di kawasan Parlimen, maka nasib rakyat akan terus dibela dan dibantu setiap masa.

jangan hanya bertindak ketika mereka terbau bahawa pilihanraya menjelang tiba..

zewt said...

that's true.

sekarang, hanya orang kaya saja yang "berhak" mendapat perkhidmatan kesihatan. orang miskin... mati saja la.

emak saya masuk hospital malam selasa... meninggal malam rabu... hampir 6 ribu ringgit tu.

ibrahim yahaya said...

zewt,

takziah kepada saudara.

saya selalu diingatkan supaya mengambil insurans agar masalah pembayaran kesihatan dapat diatasi. kini sudah mengambilnya.

Pembaca yang belum mengambil insurans kesihatan untuk diri sendiri dan keluarga, segeralah berbuat demikian.

Jangan lupa mengambil insurans pendidikan untuk anak-anak. Tidak perlu bergantung kepada pinjaman untuk masuk universiti.

Lily Haslina Nasir said...

datuk tiger,
selalu terbayang, 50 tahun akan datang apalah nasib anak-anak melayu kalau tak beringat dari sekarang.

ibrahim yahaya said...

lily,

orang Melayu tiada pilihan lagi...mereka perlu bersedia dari sekarang...dari segi simpanan dan tabungan, pelaburan dan memiliki hartanah yang mencukupi. secara halal dan berhemah.

mereka perlu mempunyai wang yang cukup untuk memastikan generasi akan datang tidak perlu menggemis dan meminta-minta.

zewt said...

selain insurans nyawa, patut juga buat surat wasiat. jikalau tidak, mungkin perlu setahun sebelum wang simpanan dapat dikeluarkan. itupun kalau proses tersebut berjaya.

kalau tidak, gomen ambik.

ibrahim yahaya said...

sdr zewt,

surat wasiat adalah satu kemestian. terutamanya yang banyak harta untuk diagih-agihkan.

satu lagi, jangan lupa isikan penama bagi wang kwsp. itu juga..kalau tiada nama penerima, susah nak keluarkan wang simpanan.

mungkin pr kwsp, nik affendi boleh tolong terangkan. nik.... masih bertugas di kwsp ke?