Setiap pagi saya suka bersarapan di kedai kopi Cina di Petaling Jaya, kalau tidak ke warong roti jala di Pantai Dalam. Ini kerana tauke kedai itu tahu minuman dan makanan kegemaran saya. Selepas duduk seminit maka sampailah minuman kegemaran dan roti bakar. Tauke kedai itu memang hebat. Beliau boleh ingat minuman dan makanan kegemaran pelanggannya. Pelanggan tetap yang datang hanya perlu duduk dan sebentar saja datanglah minuman dan makanan kegemaran mereka. Inilah yang dikatakan perkhidmatan first class. Walaupun ramai pelanggan, daripada pelbagai bangsa, tauke itu mampu memberikan perkhidmatan terbaik. Ada restoran yang selalu kita datang tetapi tetap akan tanya apa yang hendak kita makan. Apa ni? Cuba-cubalah ingat sikit.
Tengahari atau petang, saya akan pergi sama ada ke Restoran Mahbub atau Restoran Syed di Lucky Garden. Tiada komplen mengenai minuman dan makanan di kedua-dua restoran itu. Apabila perut lapar, makan saja. Pekerja di Syed bagus dan memberi layanan yang baik. Di Mahbub, bagi saya ada yang tidak begitu mesra, tetapi apa nak buat..... makan sajelah.
Namun, yang tak sedap ialah tiada senyuman di muka cashier terutama yang "berkopiah" di Restoran Mahbub. Saya timbulkan perkara ini kerana sudahlah bayar mahal pada harga makanan, kita tidak mendapat senyuman dan terima kasih daripadanya. Inilah yang paling memeningkan kepala apabila berkunjung ke Mahbub. Harap-harap...ada..lah orang yang akan menasihatkan cashier berkopiah itu. Senyumlah sikit dan ucaplah terima kasih beb. Isu nampak remeh...tapi ini hak saya beb.
Wednesday, March 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Bro Brahim,
Apa nak kira sangat? Mana nana berketayap tu pandai atau tau apa2 pasai CRM? Dia tau pasai RM and bila cukup duit nak "balik kampung".
Saya dulu pun kaki Mehbob saban petang tapi suatu hari...terlihat najis burung gagak terlepas ke dalam gelas teh tarikh seorang pelanggan di meja sebelah. Ini berlaku tanpa disedari oleh walau seorang daripada mereka pun. Nak habaq kat dia, bebudak 4 orang ni semuanya "very loud and very fast becoming a nuisance to the others" and kalu tak habaq nanti "mangsa misil" terminum anu! Dan kalu tak habaq saya rasa serba salah. Dalam dok pikiaq antara dua, masjid abu bakar as-ssiddik dah panggil suroh buat maghrib. Saya pun melangkah pi tanpa pesan apa-apa kat bebudak 4 orang ni. Habis solat depa ada lagi dan bila habaq kat member ketat Cheree Mohd Gamma (saya sorang saja gelaq dia Mr Bai) dia kata tak payah, biaq pi kat depa! Depa ni kena ajaq sikit pasai korang ajaq sangat!
Masa pun sampai untuk angkat kaki dan bayaq kat nana yang berketayap. Selesai bayaq, saya pun kena lalu tepi depa. Dah habis pikiaq saya kena jugak habaq kat dia sambil saya tengok minuman depa yang bergelas-gelas dah semua kering!! Saya pun bisik kat bebudak yang gelas dia misil tadi menjunam tepat. Saya pun berlalu pergi. Bila menoleh ke belakang saya nampak bebudak yang saya percaya dah terminum najis tu tengah dok bertinggung dan muntah sakan di tepi longkang!! 3 lagi member dia dok berdiri cekak pinggang dan sorang dok gosok belakang. Dalam hati saya kata saya dah jalankan tanggungjawab sesama insan.
Moral cerita: Kalu boleh kurang-kurangkan minum di Mehbob (dahulunya Restoran Sharifah) dan kalu perlu sangat2 pi lah dok kat dalam bilik air-cond pasai nasi beriani Mehbob tersangatlah sedap. Kalu ingat dok bawah sengkuap warna hijau di siarlima kedai pun belum selamat. Lain kali sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi ketika mau dok di bawah sengkuap hijau tengok-tengok dulu di lelangit, kalau2 nampak kesan-kesan bulu burung warna putih dan hitam. Mana tau takut2 nanti dia jatuh dalam gelas minuman atau pinggan makan. Ini adalah nasihat iklhas. Teh tarik dia memang sedap dan neriani dia cukup class tapi persekitaran cukup mendukacitakan. Kalau pekena di restoran Syed takdak la semua masalah ini akan tetapi Nasi Bukhara dia tersangat masam (bukan masin)...hanya boleh pekena satay saja di situ. Teh tarik dia not bad....
saya saja nak habaq sbb tak mau sahabat2 sekelian terkena!! he he. Saya tak pernah terkena sebab saya ni cerewet sekali kalu dok minum teh, makan atau kedua-dua sambil borak dengan sahabat2 RTM dan sapa sahaja yang kenai dan yang lalu masa kita tengah dok pekena...
zukri valenteno
kaki lama lucky garden bangsar
Salaam dari dubai
Tak sangka enta pun berblog, dan dah pencen....ana masih kat dubai lepas sri pentas....kat dubai ni kabarnya ada biro bernama, tapi masih tiada ofis, pun guna kedai kopi HOTEL saja sebab tiada lesen lagi, Allahualam
Gulfnews tengah cari managing editor dan feature writers, jengok kat kerjadubai.blogspot.com
Fudzail
kerjadubai.blogspot.com
Sdr Zukri,
Menarik cerita saudara. Lepas ni kena cari restoran lain untuk mengelakkan penangan misil gagak tu. Tapi kawan-kawan suka "camping" kat situ. Susah sikitlah. Amacam Cheree?
Mengapa tauke Melayu tak buka restoran di Lucky Garden? Yang ada..buka warung jual nasi campur...tutup awal. Ada Laksa Shack di Bangsar Village. Kalau ada restoran Melayu..boleh lepak-lepak macam restoran mamak. Boleh tukar selera.
Anak-anak sekarang pun disajikan dengan makanan mamak dan makanan segera. Apa akan jadi dengan perangai mereka nanti? Mamak Segera ke?
Sdr Fudzail,
Salam. Lama tak jumpa. Saya telah menulis di media siber sejak tahun 2000 di Agendadaily. Hanya baru-baru ini mulakan blog sendiri..mengutarakan pandangan.
Muda lagi, tak pencen. Kini buat bisnes sikit-sikit dan betul-betul. Bukan jadi broker je.
Tawaran kerja kat negara Arab tu...menarik jugak...
salam datuk tiger...sorilah ni tak de kena mengena ngan posting datuk...agak2 cam ne nak contact si fudzail tu...ex-sri pentas..mmm saya pun bekas sri pentas gak...saja2 nak tau kerja kat arab tu...kalau fudzail bumps into this comment bolehtak drop me an e-mail at ajayne70@gmail.com
ajayne,
pergi ke blog fudzail - kerjadubai.blogspot.com - komen sikit dalam blok itu nanti dia balas le...
kalau tak berjaya...nanti saya cuba buat sesuatu..ok
Post a Comment