Wednesday, March 7, 2007

RASUAH TU TAK ELOK..PERCAYALAH (2)

MENGAPA MANUSIA AMBIL RASUAH?

1. Perbelanjaan lebih besar daripada pendapatan
2. Ingin hidup mewah
3. Desakan hidup
4. Saingan ahli keluarga atau rakan taulan
5. Anggap perkara biasa
6. Ikut tindakan boss atau kawan
7. Perbelanjaan politik
8. Terlalu banyak hutang
9. Ada peluang
10. Tiada tangkapan, boleh lepas
11. Ada kuasa

6 comments:

ahm said...

dato'
.... bagi rasuahpun tak elok

ibrahim yahaya said...

ahm,

sori tak jawab awal... sibuk uruskan urusan saman petang semalam. nak kena saman sebab tak bayar maintenance fee untuk khidmat maintenance yang teruk, tak elok dan buruk.

nasib baik tuan yacob tolong. saya doakan beliau dan keluarga sihat serta dilindungi Allah.

anyway, isu maintenance tu...lain hari boleh cerita.

saya setuju dengan saudara bahawa pemberi rasuah pun tak elok. sebab ada pemberi rasuahlah... maka ada penerimanya.

tapi...kalau ada pemberi tapi tiada penerima, rasuah tak kan berlaku...kecuali ada orang yang meminta rasuah....pehhh...kayanya orang tu....

ahm said...

salam dato',
tapi rasuah jadi lebih teruk apabila orang yang dipertanggungjawabkan memantau rasuah sendiri dikatakan 'makan rasuah'... harap kan pagar, pagar makan padi'... habis siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk mangadu damba...
kasihan kita dan anak-anak kita

ibrahim yahaya said...

ahm,
ia bermula daripada diri kita.

kalau kita tahu rasuah tu tak elok, kita takkan buat. waima, kita ahli politik, ketua glc, ketua kerajaan negeri, menteri atau perdana menteri sekalipun.
waima apa tujuan sekalipun.

saya pegang satu prinsip hidup. yang buruk tu, kalau kita buat dan tidak bertaubat, maka satu hari kalau tuhan nak tunjuk, dia akan tunjuk. mungkin masa kita hidup atau mati. jangan fikir kita akan lepas sebab kita ada kuasa. tuhan kan ada. banyak yang orang tahu sekarang sebab tuhan nak tunjuk. walaupun kita buat perkara itu di malaysia atau di mana saja, dalam bilik, dalam lif, dalam peti besi, dalam kereta, maka bertaubatlah.

saya ni bukanlah kata saya baik sangat...tapi jika saya buat kesalahan, saya akan cepat-cepat menyesal dan minta tuhan lindungi saya daripada dimalukan. umpamanya dalam perbualan ...apabila seseorang itu mengata orang lain, kita pun tumpang sekaki...lepas itu kita menyesal...maka bertaubatlah....

Anonymous said...

datuk @ en tiger...nicely said...mmg betul..sebab tu lah murninya solat..di akhirnya ruang utk bertaubat..sekurang kurangnya kita masih bernafas dan diberi ksempatan utk bertaubat..bg saya kan en brahim..jgn mula kan rasuah..skali u mula atau galakkan..ia akan berterusan..jauhkanlah...nauzubillah..ms keta kompot

ibrahim yahaya said...

ms keta kompot,

your key word is ...masih bernafas..you re right.

sementara kita bernafas ini, ingat-ingatlah.

saya selalu diingatkan bahawa ada perbezaan besar antara nafsu dengan keadaan fizikal kita. umpamanya, ketika bermain bola, nafsu atau semangat tu kuat...tetapi keadaan fizikal tu tidak mengizinkan...maka jika kita terlalu ikutkan nafsu.. maka bencanalah kita.

kalau umur kita 50 tahun, kita tidak boleh buat sesuatu yang berat seperti ketika berusia 25 tahun...kecuali berfikir....

satu lagi, jika anda berumur lebih 50 tahun...ingat-ingatlah apa yang ada buat sebelum ini..mungkin tiada masa untuk memperbetulkannya...jadi...mulalah dari sekarang...duit tidak boleh membayar kesalahan kita ...setidak-tidaknya di mata Tuhan.