Sunday, March 25, 2007

TAHNIAH KUSYI........



Kusyi berbaju biru gelap.

Kawan ketika bertugas di Berita Publishing, Kusyi menang hadiah sagu hati “PERADUAN MENULIS SKRIP DRAMA TV DAN SKRIP DRAMA RADIO BERUNSUR ISLAM” anjuran IKIM. Peraduan ini bermatlamat bagi menggalakkan penghasilan skrip drama TV/Radio yang dapat memberi kefahaman Islam kepada masyarakat.

Senarai pemenang:

KATEGORI TV

PERTAMA -RM 20,000 - Muhaimin Sulam -“Menanti Perang Berakhir”

KEDUA RM15,000 - Shaikh Mohd Saifuddeen b. Shaikh Mohd Salleh - “Zuriat”

KETIGA RM10,000 - Aslaniah bt. Jamali - “Dibawah Naungan Syahadah”

5 HADIAH SAGU HATI memenangi wang tunai RM5,000.

1. “Biarlah Rahsia” - Zalina bt. Nordin

2. “Atas Nama Seri Sakinah” – Kusyi Hirdan

3. “Pelangi Ada Tujuh Warna” – Faisal Tehrani

4. “Rentali Kasih” - Khaireen Ellyna bt. Khairuddin

5. “Amanah Ibu” - Faridah bt. Alias


Semoga kemenangan ini memberi semangat untuk Kusyi meningkatkan penulisan.

7 comments:

kusyi said...

Thank you boss!

ibrahim yahaya said...

Kusyi,

you are welcome.

Kejayaan ini adalah satu permulaan kepada perjalanan jauh yang menarik dan membanggakan.

sufian said...

Dulu dia ni di Jelita kan?

ibrahim yahaya said...

Sdr Sufian,

ya..Kusyi dulu penulis di majalah Jelita, terbitan Berita Publishing Sdn Bhd.

sufian said...

Kusyi ni pernah interview saya. Saya ingat lagi... 2002 kot. I masih simpan artikel tu, buat kenangan. Tapi her full name is Raja Nor something.

Tahniah untuk kusyi.

ibrahim yahaya said...

Sdr Sufian,

Kusyi memang anak raja.

Tunggulah beliau beritahu nama sebenarnya.

kusyi said...

Sufian
2002? Kena belek semula majalah Jelita. Selamat berjumpa kembali. Nama penuh saya Raja Nur Qurshiyah tapi sekarang semuanya Kusyi Hirdan, di novel dan byline.

thanks again.
www.jendelaku.com