Thursday, March 8, 2007

TIGER ....KAMU KAKI BODEK

Ada orang call, kata saya bodek Datuk Seri Ali ... Sebab baru-baru ini saya kata Melaka kini semakin cantik.

Laa....cakap Melaka cantik dan puji sikit ....dia orang kata saya kaki bodek. Aloo..cantik tu, kita boleh nampaklah..fizikal..bukan tipu punya...bukan buat-buat cerita...Dulu apabila saya kata Datuk Seri Dr Mohd Khir bagus kerana jaga kesihatan..takde pulak orang kata bodek...itupun fizikal..nampak.. bukan buat cerita bukan-bukan...takpelah..

Sejak jadi wartawan, saya tidak pernah mendapat apa-apa projek daripada orang politik. Ada yang nak bagi tanah ketika pegang jawatan, saya tolak.. Nak bagi pingat...saya tolak secara sopan. Sebab ada prinsip. Ada orang kata saya bodoh, tak smart...tolak rezeki sekarang padan muka. Kawan-kawan lain kaya, kamu miskin..takde duit..Takpelah...asalkan tak merompak.

Ketika jadi perunding media untuk kerajaan...kerajaan negeri bagi pingat ....sebab perkhidmatan lebih 22 tahun membantu kerajaan....(bukan setahun dua ya).....saya terima. terima kasih. Ketika saya sakit baru-baru ini...ada juga orang politik dan kawan hulur sikit.... (RM5 juta ....pehhh....i wish...) walaupun tak minta....terima kasih.

Tapi isu bodek tak timbul. Macam blogger lain, kalau ok, cakap ok...kalau tak ok bagitau...tak salah kan?. Yang tak elok tu, orang yang suka bodek memanjang...yang tak betul kata betul...semua ok..semua ok...lama-lama bos yang ko...amacam?... salah siapa.

nota: tapi sekarang ni buat bisnes, kalau ada orang nak bagi bisnes...bolehlah bagi....saya buat pr, image building, contract publication, advertising, buat premiums, apa sajelah..
(macam nak advertise diri pulak...tak malu ke? dah desperate ke?..apa nak malu..jangan merompak sudahlah....tahu nombor hp? tahu nak contact?)

4 comments:

. said...

bro, kalau nak layan orang cakap, kita boleh mati. ada orang main cakap jer, kadang2 apa yang dia cakap pun dia tak tahu. saya setuju sangat melaka di bawah kepimpinan dato' seri ali rustam memang cukup membangun. baguslah tu. ada masalah ker? hehehe .. tentang mb selangor pun, nampak cukup menjaga kesihatan, elok ler tu .. betul tak? :)

ibrahim yahaya said...

nobisha,
dalam bidang kewartawanan, kita diajar untuk menulis perkara yang benar. wartawan tidak boleh membuat berita palsu apatah lagi untuk memfitnah orang lain. Namun adakalanya pihak tertentu menyalahkan wartawan dengan mengatakan apa yang ditulis itu fitnah sedangkan bahan yang ditulis adalah betul.

Anonymous said...

Sdra Ibrahim...

Saya amat setuju bila dikatakan bahawa Tok Ali cukup sakan develop Melaka. Kalau di bawah Tok Rahim Melaka mula membangun dan menampakkan potensi dan kemudiannya telah menunjukkan belangnya, Tok Ali telah melengkapkannya dan kini membawa Melaka ke satu tahap ke atas, bermaksud taking it to the next level. Syabas...inilah dikatakan pemimpin berwawasan. Mereka yang tidak setuju dengan gerak-hebat pembangunan Melaka mungkin akan mengkritik namun akhirnya, insyALLAH mereka akan dapat melihat The Big Picture dan The Big Idea of Melaka akhirnya.

Saya cukup senang dan selesa berada di Melaka, satu antara 3 destinasi pelancongan tempatan (bukan domestik) yang selalu dilawati dan selalunya dikagumi. Bertuah sungguh mereka yang berada di sana.

Antara benda-benda baru di sana ialah Media House di MITC. Dahulunya saya diminta membuata presentation untuk "pengisian dan pembangunan" Media House Melaka (Tok Ali tak bagi panggil Rumah Media Melaka!) dan telah diberikan 2 jam kepada mereka yang terbabit dalam Kerajaan Negeri. Idea sudah banyak diberikan, antaranya agak radikal akan tetapi pada pendapat saya amat seirama dengan wawasan Tok Ali untuk memacu Melaka Ke Arah Negeri Maju 2010 (dia tak pernah sebut pun namun itulah hakikatnya). Degar cerita akan diperanankan kepada bekas-bekas petugas sebuah jabatan yang kerja terrasnya ialah menyiar-raya segala hebahan mengenai kerajaan, membeir maklumat dan mempertingkatkan kefahaman rakyat mengenai sesuatu isu. Saya tidaklah pesimistik (tiada perkataan Melayu) namun pada pendapat saya Media House Melaka yang Tok Ali ilhamkan daripada Media City Dubai perlukan sentuhan-sentuhan profesional dan berpengelaman seperti kita berdua. Apa kata Sdra dan saya memacu projek Media House Melaka ini untuk diangkat martabat Melaka sebagai satu-satunya negeri yang mesra-media?

Dayung ditangan Sdra, ayuhlah!!

zukri valenteno
AnakBukit, Alor Setar, Kedah

ibrahim yahaya said...

sdr zukri,
boleh juga tu....nanti kita sembang.

saya harap sdr dan keluarga (eden dan anak-anak) dalam keadaan sihat walafiat. Dengar dah slim banyak....bagusla tu...