Monday, March 26, 2007

RAGGING VS INDUCTION



Menyendiri...akibat trauma?(Gambar hiasan)

Ragging dan induction, dua perkataan yang sinonim dengan pengambilan pelajar atau pekerja baru di sekolah, kolej, maktab, universiti atau organisasi. Ada tempat yang membuat induction saja manakala ada pula yang melaksanakan kedua-duanya sekali.

Mengikut Kamus Dewan, ragging membawa maksud penderaan manakala induction pula bermakna pengenalan kepada sesuatu kursus atau kerja.

Ketika di kolej dahulu, induction akan diadakan apabila ada pengambilan pelajar baru. Ia diadakan di antara seminggu hingga sebulan. Induction setiap hari diadakan selama seminggu manakala tiga minggu diadakan pada waktu malam saja.

Ketika itulah diadakan pelbagai kegiatan seperti pengenalan diri, usik mengusik, pemberian nickname dan ceramah menaikkan semangat bagi mengharumkan nama kolej. Induction akan diakhiri dengan satu majlis dipanggil "tepung tawar" membabitkan semua pelajar MC di tingkat 13, Bangunan Menara. Riuh, seronok dan menghiburkan.

Saya tidak pernah kena ragging ketika belajar di sekolah berasrama dulu. Ini kerana guru pengawas amat garang dan melarang sesiapa saja yang ingin menjalankan kegiatan ragging. Pelajar baru boleh membuat aduan kepada Cikgu Mat jika ada pelajar senior yang cuba mendera mereka. Malah adakalanya jika ada pelajar senior berdegil dan cuba-cuba mendera pelajar baru, kami berpakat untuk melancarkan "serangan balas" kepada mereka. Antara yang dilakukan ialah mengikat mereka ketika tidur dan membuat "sesuatu yang ghairah secara paksa" menyebabkan mereka tidak akan menggangu lagi seumur hidup mereka.

Baru-baru ini, seorang teman menghadapi masalah apabila anaknya yang dihantar ke Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya mahu berpindah ke sekolah lain. Alasannya ialah tidak tahan didera (ragging) oleh pelajar lama. Pelajar baru diherdik dan disuruh membasuh baju hingga empat baldi. Ada lagi yang tidak mahu diberitahu. Apabila aduan dibuat, guru sekolah dikatakan hanya tersenyum dan menyatakan tindakan itu adalah "perkara biasa" di sekolah berkenaan.

Trauma yang dihadapi menukarkan sikap pelajar baru itu daripada seorang periang kepada seorang pendiam. Pelajar itu kini suka mengherdik dan memarahi adiknya walaupun ia kesalahan kecil. Ini tidak berlaku sebelum ini.

Ragging ini tidak seharusnya berlaku di mana-mana tempat sekalipun. Ia perlu dikawal agar tidak menjadi satu peristiwa "menakutkan" bagi pelajar atau pekerja baru. Jika ia berlaku di sekolah, Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan segera untuk memberhentikannya dan jangan membiarkan pengetua memberi alasan ia "perkara biasa".

Bagi saya, jika usik mengusik berlaku ia seharusnya dalam keadaan terkawal dan tidak melampui batas. Ketika di kolej ada juga kegiatan "usik mengusik" antara pelajar lama dan baru tetapi ia lebih bertujuan untuk merapatkan silaturahim. Antaranya ialah memastikan pelajar baru menjawab soalan seperti, "Apa dia tiger di kepala, apa dia tiger di air dan apa dia tiger di botol?. Mereka juga diminta menyanyi lagu rasmi MC iaitu ayo kogo goro, sebuah lagu Kadazan. Ada yang ingat tak?

Pada peringkat awalnya memanglah ada perasaan marah kepada senior tetapi selepas majlis tepung tawar, semangat persahabatan itu menebal. Hinggalah ke hari ini. Namun, beberapa tahun selepas meninggalkan kolej, majlis tepung tawar dimansuhkan. Entah mengapa....alasannya tidak berfaedah.

2 comments:

Anonymous said...

Hello tiger...macam biasa je dengan tingkat 13, bangunan menara tu. mmm...apa tidaknye...kalau nasib tak berapa baik, kena mendaki tangga setinggi 13 tingkat tu. yang bestnye...zaman i kat sana, kita ada acara pertandingan tanggathon. menarik kan? ada sekali tu kami (student publishing batch ke-3) berjaga dalam makmal komputer secara haram dek kerana hendak menyiapkan laporan praktikal. yang paling suspen apabila pak guard ronda. masa tu semua senyap. bak kata kawan i, lipas kentut pun boleh dengar!

ibrahim yahaya said...

student publishing batch ke-3,

tingkat 13, bangunan menara itulah tempat lepak semua masscommites. siang kuliah, malam pula siapkan assignment atau ikuti kuliah khas.

kuliah khas diberikan oleh adjuct lecturer daripada sektor swasta. dengar.. sekarang dah takde lagi...semua kakitangan tetap. jika betul... maka rugilah dari segi ilmu pensyarah luar.