AL-FATIHAH UNTUK ROH RASULULLAH
MUHAMMAD Abdullah adalah pemuda yang pernah diberi kepercayaan menghakimi perbalahan berkaitan peletakan Batu Hitam (Hajar al-Aswad) berhampiran Kaabah. Baginda juga diberi gelaran al-Amin iaitu seorang yang dipercayai dan beramanah. Baginda terkenal dengan bercakap benar, sopan santun dan disukai penduduk Makkah. Peribadinya yang mulia membuatkan penduduk pada waktu itu kagum dan menghormati beliau. Setiap perkara yang diberitahu olehnya akan dipercayai tanpa ragu. Sikapnya yang suka membantu penduduk di situ walaupun orang dibantu musuhnya sendiri serta ucapan dan komunikasinya yang lemah lembut, tidak sombong dan meninggi diri membuatkan orang ramai sukar mempertikaikan kejujuran beliau.
Muhammad yang selepas itu diangkat menjadi nabi dan Rasul, adalah pembawa ajaran agama Islam yang juga digelar sesetengah pihak sebagai Muhammadian. Namun, nama yang diberi sebenarnya Islam, bukanlah Muhammadian. Baginda pemimpin yang dipercayai ketika itu. Segala masalah akan dirujuk kepada Baginda. Kepakaran dan kepintaran Baginda terserlah ketika menjawab persoalan yang diajukan. Sebelum menjawab, Baginda akan meneliti terlebih dulu latar belakang orang yang bertanya.
Baca artikel sepenuhnya oleh Mohd Dzul Khairi Mohd Noor mengenai Rasulullah dalam Berita Harian [ di sini ]. Semoga anda mendapat manfaat daripadanya.
Friday, March 30, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment