Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini berkata mudahnya memperoleh kad kredit dan pinjaman belian banyak mendorong kepada gaya berbelanja di luar kemampuan yang akhirnya menyebabkan kesukaran dalam menguruskan kewangan peribadi.
Ini kenyataan yang paling tepat mengenai situasi kad kredit sekarang daripada pemimpin kedua negara.
Formula "gali" dan "timbus" yang diamalkan oleh ramai pemegang kad kredit sekarang akan mendatangkan malapetaka dalam tempoh jangka panjang. Formula itu hanya boleh digunakan dalam tempoh yang singkat.....terutama jika anda makan gaji atau memperolehi pendapatan yang sama dalam tempoh setahun. Malah, ahli perniagaan yang tidak ketahuan juga dinasihatkan elak menggunakan kad kredit sebagai talian hayat anda kerana talian itulah yang akan menjerut leher anda.
Lagi satu, golongan remaja janganlah cuba menipu dengan membuat slip gaji palsu semata-mata untuk mendapatkan kad kredit. Ada yang berjaya....lepas tu terjerat dengan hutang. Lebih baik tiada duit dan hidup bahagia daripada dikejar oleh syarikat kad kredit kerana banyak berhutang.
Baca cerita [ kad kredit ini ] mengenai ramai belia yang muflis.
Bebaskan rakyat Malaysia daripada hutang kad kredit yang bertimbun-timbun.
Monday, March 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment