Friday, February 29, 2008

MAHATHIR MENGAKU ANIAYA ANWAR?

Kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (TDM), akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), kata kawan kepada saya dua hari lalu. Mengapa pula? tanya saya penuh minat dengan perkembangan terbaru dalam PRU12 ini.

Menurut beliau, saudara-mara beliau di Kedah ada melihat CD yang memaparkan TDM mengaku "menganiaya" DSAI. Sungguh pelik dan menghairankan kerana selama ini TDM bermati-matian mempertahankan tindakannya. CD apa pula ni?

Rupa-rupanya CD yang disebutkan oleh kawan saya itu dijelaskan dalam artikel Musim Pilihanraya : Mahathir Kena Main di portal berita Agenda Daily milik Rosli Ismail.

Kreatif juga sesiapa yang mengedar CD itu. Siapa dibelakangnya?

5 comments:

. said...

Dato'

Saya telah menonton melalui youtube. Itu sindiran mahathir yang diikuti dengan gelak ketawa penonton. Bagi saya, mudah saja. Sesiapa sahaja yang timbul idea nak edarkan CD itu, orang itu sudah bankrap idea. Eloklah cari cara lain untuk kempen. Nanti orang benci. Usah ingat pengundi kita terlalu naive. Orang kampung pun boleh berfikir dengan matang.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nobisha,

Ada pengajaran juga. Jika ada video kamera, berhati-hatilah bercakap kerana berseloroh pun orang sangka betuii.

Dulu, BBC London (bukan BNBBC) selalu hendak menemuramah saya untuk siaran radio mereka mengenai isu semasa Malaysia. Terutamanya, yang panas. Minta maaf. Jika tidak berhati-hati disiarkan hanya ayat yang digemari saja. Katakan, ayat kita bermula dengan....jika BN kalah....maka dibuang BN maka jadilah BN kalah. Fuhh. Berpeluh juga hendak menjawab kalau sudah disiarkan.

ibrahim yahaya said...

sori tersilap taip tadi. Apa yang saya maksudkan ialah....jika dibuang perkataan jika...maka jadilah ayat - BN kalah - yang akan digunakan.

znri77 said...

pak ibrahim. samalah spt yg rtm buat.

Anonymous said...

Janganlah jadi kurang cerdik macam orang yang nak putar belitkan isu ini... Takkan tak faham lagi dengan cara Tun Dr Mahathir yang suka menyindir tu.... Anwar Ibrahim itu memang seorang yang tidak patriotik terhadap negara.... Kalau tidak masakan selalu ke luar negara memburukkan negara sendiri.