Friday, March 9, 2007

KAD KREDIT JAHANAMKAN HIDUP?

Semalam bersembang dengan saudara mengenai hutang kad kredit.

Hutang kad kreditnya lebih RM30,000. MasyaAllah. Banyaknya. Mengapa begitu banyak? Hutang sikit tetapi apabila tak bayar, maka ia berganda sampai banyak tu. Tak buat apa-apa ke? Bayar sikit-sikit saja. Mengapa tak tukar jadi term loan? Tak tahu...

Mereka yang tahu berapa banyak syarikat kad kredit charge, boleh kongsi bersama. Saya rasa mungkin lebih 19 peratus.....

Saya tidak pakai kad kredit lagi....dah lama buang jauh-jauh.....pakai tunai saja.

7 comments:

Anonymous said...

datuk,
kad kredit ni, kalau tidak tahu kawal penggunaannya boleh menyebabkan seseorang itu bankrap...

mangsa

ibrahim yahaya said...

sdr mangsa,
betul apa yang u cakap. banyak berita mengenai golongan yg muflis kerana kad kredit.

yang sedihnya pula, banyak orang Melayu. mungkin mereka perlukan wang tetapi menggunakan kad kredit untuk menyelesaikan masalah wang bukanlah langkah terbaik.

kad kredit untuk tujuan tertentu seperti memudahkan seseorang membeli barang tanpa perlu membawa banyak tunai. umpamanya, jika pergi ke luar negara.

kad kredit bukan untuk kita berhutang kerana jika lambat bayar maka hutang akan bertimbun.

azrul said...

Boss,
kalo ada masa jengah2 le ke blog saya... :)

http://roul.blogs.friendster.com/i_write_u_read_lor/

ibrahim yahaya said...

azrul,
mantap.

zuren dan fiona tu....kawan kita dulu ke?

azrul said...

zuren member since kat akademi... fiona masuk tv3 time u editor kat situ, dia buat money matters masa tu, skrg dia ngan saya sama desk, buat business & econ news.

Anonymous said...

kalau takut pakai kad kredit tapi nak pakai kad juga.. pakailah kad debit. Selamat. Kita boleh berlagak ke, bergaya ke..atas kemampuan sebenar.

ibrahim yahaya said...

rn,
betul tu...tapi kad debit bukanlah untuk berlagak... cuma untuk digunakan di tempat yang memerlukan kita menggunakan kad seperti nak beli tiket Air Asia atau pembelian dalam internet.

kad debit itu boleh dikawal. kalau ada duit maka boleh digunakan. yang menarik, pemegang akan mendapat points jika menggunakannya.

jangan jadi muflis kerana kad kredit...