Monday, March 19, 2007

KITA ORANG BACA BLOG TAPI.....

Minum petang dengan beberapa orang rakan dari RTM di Restoran Syed,Lucky Garden hari ini. Macam-macam topik dibincangkan sehinggalah ke Dunia Tiger. "Apalah bos ni, dalam blog tulis mengenai handphone hilanglah..cakap dengan anaklah, bahasa kampunglah... tulislah perkara yang sensitif sikit..cuit sana cuit sini. Barulah best. Kita orang baca blog bos...tapi tak syoklah nak komen.." Pandangan yang ikhlas dan ada logiknya.

Bagi saya menjadi blogger ini membenarkan kita untuk memaparkan apa saja yang terfikir untuk dimuatkan dalam blog asalkan ia bersempadankan kepada undang-undang dan adab sopan di negara ini.

Ada blogger menulis pengalaman mereka dan ada juga mengutarakan isu gender. Ada pula yang membuat teguran kepada kerajaan. Ada blogger yang mempersoalkan tindakan menteri yang dianggap kurang bijak. Ada yang menulis mengenai politik. Tidak kurang juga yang menulis mengenai nasib golongan berpendapatan rendah.

Kesimpulannya, ada pelbagai jenis dan ragam dalam penulisan blog. Ia tidak stereotype atau perlu mengikut prosedur dan manual tertentu. Tulislah mengikut selera sendiri.

Saya menulis mengikut apa yang terlintas di fikiran....yang boleh memberi nasihat, teguran, sindiran atau pedoman kepada pembaca. Saya juga melontarkan persoalan sosial dalam bentuk mudah difahami di samping mengutarakan pengalaman sebagai anggota masyarakat. Yang baik akan dipuji. Ada tulisan saya umpamanya mengenai kad kredit adalah jujur kerana tidak mahu lebih ramai rakyat Malaysia amnya dan Melayu khasnya menjadi muflis.

Bahan yang ditulis bermatlamat untuk dikongsi bersama untuk memperbaiki kehidupan kita. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

7 comments:

suhaimi sulaiman said...

Datuk Harimau,

Blogging is about sharing our feelings on enything and everything. Tak perlu nak ganyang orang jer tulis blog. Nak share resepi pun boleh. I setuju with your views.

suhaimi sulaiman said...

anything bukan enything -- lupa edit

. said...

anything atau enything sama jer .. bro, blog kita yang punya.. nak tulis apa pun boleh. boleh cuit, tapi kalau salah cuit, kena pulak tu orang melatah, kena baling kasut kang! hehehe

ibrahim yahaya said...

eddie,

saya mula menulis dalam media siber sejak tahun 2000 iaitu di Agendadaily, atas galakan sahabat, Rosli Ismail. Ketika itu, saya menggunakan kolum DUNIA IBRAHIM YAHAYA a.k.a DIY...sebab saya suka DIY...do it yourself atau buat sendirilah. Kolum itu masih ada di Agendadaily dan ia memuatkan siri artikel PJPD.

Saya berminat membuka blog sendiri selepas membaca blog saudara. Saya tersenyum dan adakala ketawa besar membaca tulisan saudara yang bersahaja dan kelakar. SMS saya kepada saudara...kalau tidak silap.. ialah blog anda entertaining, funny dan syok sendiri.

Kini saya juga menulis dalam blog untuk menghiburkan, buat sedikit kelakar dan ada kalanya syok sendiri.

Pendekatan ini mungkin sesuai dengan saya...atau dengan kita kot.

ibrahim yahaya said...

sdr nobisha,

tulislah apa saja asalkan bersempadankan undang-undang dan adab sopan negara ini.

norzainah said...

tiger...aku agree ngan kau...by reading your blog...i discovered many things and ideas...i never miss a day reading your blog...cara penyampaian kau bersahaja..walaupun kekadang sempoi tetapi masih dalam tatasusila penulisan kewartawanan..mungkin sebab kita sama2 ex-journo..yelah kau exposed me a lot to reporter writing style masa kita kat sama2 tv3 dulu...reading your blog give me some sort of inspiration to write again...berkarat otak ni lama tak menulis..susah pun ye jugak...

ibrahim yahaya said...

ajayne,

saja tunggu beberapa hari nak jawab pandangan kamu. manalah tahu...ada yang tidak bersetuju.

kalau suka, bacalah selalu dan jangan lupa bagi pandangan. kritik pun boleh, barulah sedar diri sikit...dan saya tak syok sendiri.