Monday, January 26, 2009

ADA KE LAGI WAKIL RAKYAT BN LOMPAT?

TPM, DS Najib Tun Razak berkata cakap-cakap politik pemimpin pembangkang yang mengatakan lebih ramai wakil rakyat BN akan melompat menyertai mereka adalah khabar angin.

Kenyataan TPM itu sudah tentu untuk menangkis dakwaan yang dikeluarkan oleh pembangkang sebagai satu propaganda terbaru mereka berikutan tindakan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, semalam menyertai PKR.

Dalam pada itu, pemimpin BN Perak masih menaruh harapan agar Nasaruddin akan berubah fikiran dan menyertai semula UMNO. Ini penting untuk memastikan BN dapat menguasai Perak dalam Pilihanraya UMUM ke 13 nanti.

9 comments:

Anonymous said...

Tak Payah nak di bimbangkan bongok! Apa yang nak dirisaukan sangat, BN dah teruk kena PRU dulu. Perak pun dah jatuh ke tangan pembangkang. Tingkah laku pemimpin BN ini dalam menghadapi situasi seperti ini sedang diperhati rapi rakyat jelata.

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Kita seharusnya sedar bahawa UMNO kini mulai dikaitkan dengan rasuah, hipokrasi dan konspirasi untuk mengekalkan kuasa.

UMNO kini hilang tumpuan; kebajikan akar umbi dan perjuangan memartabatkan maruah bangsa bukan lagi jadi agenda utama.

Kalau pun ada ianya bercelaru dan pudar di pertengahan jalan. UMNO kini bukan lagi dahan untuk bangsa Melayu bergantung.

Jika beberapa perkara asas ini masih dipandang remeh, tidak mustahil lagi sokongan terhadap UMNO akan beralih arah.

Unknown said...

Pantun orang Penang untuk UMNO :

Balik Pulau Tasek Gelugoq,
Silap haribulan UMNO gabuih pungkoq,
Tunjuk eksyen bila kita tegoq,
Sana terlentang sini tersungkoq,
Padang jarak padang terkukoq.

Jiwa Merdeka said...

Orang Melayu barangkali tidak akan meninggalkan UMNO, kalau UMNO masih boleh dijadikan tempat bergantung.

Tapi kalau sebaliknya, meninggalkan UMNO barangkali adalah satu kewajaran.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Mana-mana wakil rakyat yang ingin melompat parti sepatutnya harus letak jawatan sebagai wakil rakyat DAN adakan pilihanraya kecil. Ini barulah "gentlement" .
Obtain new mandate from the voters.
Saya cadangkan Parlimen buat 'Akta Lompat Parti ' supaya perbuatan kurang sihat seperti ADUN BOTA dapat dihentikan.
YB BOTA yang tak malu jual maruah pengundi-pengundi BN.
PM & TPM & ahli-ahli UMNO harus berjaga banyak 'munsuh' dalam selimut BN .

Anonymous said...

Tok Rimau,
Kalau dah nak kena `erase'... itulah jalan terbaik..sebelum kena tendang jadi wakil rakyat UMNO..itulah jalan penyelamat bagi ADUN Bota ni...

UMNO masih seperti dahulu.. yang hendakkan sangat perubahan itu adalah mereka-mereka yang tewas dalam pertandingan cawangan dan bahagian.. kalau sudah kena tolak perwakilan...kenapa salahkan pucuk pimpinan parti?? Orang lain lebih baik dari awak.. itulah pasal perwakilan pilih mereka..nak buat cam mana!!

Kalau PKR Perak dapat satu dari UMNO, Kenapa UMNO Perak tak boleh dapat `banyak-banyak' dari pembangkang...?? Satu kerajaan negeri yang cukup `goyah'..(Perak).

Tengoklah kerajaan negeri PP, dah mula `merayu-rayu' kerajaan persekutuan memberi mereka 500 juta peruntukkan untuk pentadbiran kerajaan negeri PP...tak tahu malu punya muka pembangkang.. siang malam kutuk kerajaan persekutuan.. tiba2 merayu minta duit...lahhh, apalah punya muka tembok.

Anonymous said...

crossever ini tak beretika.kenapa tak tunggu sahaja pru atau prk supaya rakyat sendiri yang boleh menentukan siapa yang mereka mahu?.bagi saya meloncat parti ini dah macam menghampakan penyokong yang telah mengundi parti asal adun tersebut.

yang peliknya pula,PR tuduh UMNO/BN sebagai orang jahat tetapi kenapa masih mahu saki baki UMNO/BN?

Unknown said...

"Saya juga amat tidak setuju dengan melompat ini.

Ini mencerminkan dia sebagai pemimpin yang 'gagal'.

Mungkin PKR boleh terima dia buat masa ini, kerana dia ada DUN.

Jika di takdirkan Allah dia kalah PRU (Insya-Allah), adakah PKR akan menerima dia sebagai orang penting lagi? Rasanya dia akan di anak tirikan.

Saya amat berharap, dia letak jawatan dan di adakan PRK semula di DUN Bota. Kalah menang adat berlawan, tapi biar menang/kalah sebagai orang yang bermaruah."

- dipetik dari sini.

mat_terab said...

Aku yakin ada lagi yang akan masuk pakatan rakyat tapi bukan la melompat....
yang melompat tu katak ja bukan wakil rakyat.....
aku tak pernah pulak tengok wakil rakyat melompat melainkan ahli sukan, katak dan beruk mak yeh ja yang melompat.........
nak masuk pakatan tak perlu melompat tak tahula kalau nak masuk UMNO mungkin kena melompat.........