Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Terengganu P.036 amat penting kepada pemimpin UMNO. Sesetengah pihak berpendapat inilah PRK terakhir bagi Paklah sebelum menyerahkan takhta kepada penggantinya. Ada pula yang menyatakan inilah PRK yang akan memberi petunjuk kepada sokongan bangsa Melayu terhadap DS Najib Razak.
Apapun, ia pasti memberikan banyak petunjuk.
Ketika BN menggunakan pendekatan Mesra Rakyat sebagai tagline mereka untuk menarik pengundi KT, pendekatan pembangkang pula cacamarba dengan ada pemimpin yang mula mengutarakan kegagalan kerajaan sekarang atau hukum hudud.
Malah, Anwar Ibrahim menyifatkan penduduk KT telah dizalimi oleh UMNO selama ini seperti Israel menzalimi Palestin. Hanya kenyataan terakhir saja betul. Yang awal itu, hanya untuk meraih undi penduduk. Propanganda yang menyongsang arus.
Ketika ini, BN dan PAS berusaha untuk memastikan calon mereka mendapat tempat dihati pengundi. Laungan Kit Siang bahawa penggundi Cina adalah "king maker" adalah cubaan untuk mewar-warkan sesuatu agenda agar ia menarik perhatian ramai. Inilah taktik ahli politik veteran yang pandai memainkan sentimen rakyat.
BN yang menampilkan Wan Farid bekerja keras untuk memaparkan calon mereka seorang pemimpin nasional yang perlu dipilih bagi memastikan suara penduduk di dengar di semua peringkat terutamanya di kerajaan persekutuan.
PAS pula ingin memaparkan calon mereka disayangi oleh penduduk Wakaf Mempelam sehingga memilih mereka berpenggal-penggal walaupun penduduk tahu tiada pembangunan yang dilakukan kepada tahap kehidupan mereka yang seolah-olah merempat di pinggir bandar. Apakah mereka tidak boleh berfikiran seperti orang lain?
Namun, undi di tiga DUN iaitu Ladang, Batu Buruk dan Bandar agak seimbang setakat ini malah BN mengekalkan kerusi di Bandar yang mempunyai ramai pengundi Cina. BN yang mengambil pendekatan "kerja kuat" nampaknya mula mendatang hasil terutama penerimaan penduduk di situ terhadap Wan Farid, yang kelihatan serius tetapi mudah mesra dengan rakyat di bawah.
Friday, January 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Penggundi Kuala Trengganu sudah faham dan menyedari bahawa hanya dengan memberikan kemenangan kepada calon BN sahajalah, Trengganu dapat secara total menjadi kekuatan perjuangan mempertahankan hak=hak istimewa melayu di Malaysia ini. Mereka tahu di Pulau Pinang hak melayu semakin terhakis. DiPerak juga demikian rupa.
orang KT tak boleh diperbodohkan.mereka ada pengalaman diperintah oleh BN dan juga PAS.jadi mereka tahu kelebihan dan kelemahan parti-parti politik tersebut.
tetapi mungkin BN boleh menang kerana Terengganu berjaya dirampas semula dari PAS pada pru ke-12.tetapi itu tak bermakna laluan akan menjadi senang untuk calon BN kerana perlu diingat yang BN dulu memang kerusi parlimen KT dengan majoriti yang tidak banyak.hanya 600 lebih.
Cinpek Lim Kit Siang kata 10% pengundi Cina KT tu kingmaker. Habis 88% pengundi Melayu KT tu ape? Lanciau puna Cina.
MRSM Kalae Chepo 66/73
Orang di KT sepatutnya menggunakan akal semasa mengundi. Mereka dah ada pengalaman semasa diperintah oleh PAS dan BN. Mereka sepatutnya boleh menilai, mana satu parti yang boleh memberi pembangunan kepada mereka. Apa pembangunan yang mereka nikmati semasa PAS memerintah dan BN memerintah. Jangan undi semata-mata kerana tradisi mereka sebelum ini sokong PAS, maka PAS lah menjadi pilihan walaupun tiada pembangunan. Fikir semasak-masaknya untuk kebaikan bersama, bukan untuk parti semata-mata. Jangan sia-siakan hak sebagai pengundi tempatan. Kesilapan mengundi beerti sengsara selamanya. Jangan termakan dakyah Anwar ang the gang...
Post a Comment