Friday, January 23, 2009

BUANG TABIAT SUKA KACAU ORANG

Antara perangai buruk rakyat negara ini ialah membuat panggilan palsu. Mengganggu pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan panggilan palsu.

Jika budak-budak bolehlah difahami sedikit tetapi jika orang dewasa....memang satu tabiat buruk.

Jabatan Bomba mencatat 1,453 panggilan palsu tahun lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata, bagi tujuan itu satu prosedur dilaksanakan di mana semua panggilan atau aduan yang diterima ditapis oleh suruhanjaya telekomunikasi.

Suruhanjaya berkenaan akan menilai dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pihak yang membuat panggilan palsu.

Ubahlah perangai. Jangan susahkan orang.

Bagaimana pula panggilan memburukkan orang? Lagi tak elok.

4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

susahkan orang dan menyusahkan orang

Reza said...

No idea what's in their bloody head.

LensaPR said...

Pas Wilayah Persekutuan akan memulakan kempen himpunan 100 ribu membantah PPSMI dengan mengadakan ceramah khas pada 1 hb Februari 2009, Ahad, jam 9 malam, di Markas Tarbiah Pas Pusat Taman Melewar Kuala Lumpur.

Pemidato utama ialah Naib Presiden Pas, Tuan Hj Mohamad Sabu dan Prof Abdullah Hassan (UPSI).

War-warkan dan datang beramai-ramai tanda sokongan anda.

Daulatkan Bahasa Melayu.

Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP

Mahyudin said...

Salam Datuk...
Orang yang suka buat panggilan palsu macam ni memang tak berakal. Suka menyusahkan orang lain. Entah apa yang mereka dapat bila buat panggilan tu pun tak tahulah...