ADUN Bota, Perak - Datuk Nasaruddin Hashim, menyertai PKR.
Beliau yang dulunya Ahli Parlimen Parit, kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian Parit yang lalu.
Khidmatnya sebagai Pengerusi Felcra juga tidak disambung.
Dari Parlimen ke DUN dan kini menyertai PKR.
Saya mengenalinya ketika kami bekerja dengan seorang rakan menjual bunga 13 tahun lalu. Saya memegang jawatan Naib Presiden syarikat itu. Syarikat bunga itu kini menjadi syarikat multinasional yang mempunyai perniagaan di luar negara.
Selepas itu, saya bertemu Nasa di Parlimen dan saling bertukar nombor telefon. Tetapi tidak berhubung.
Kini, beliau menyertai PKR.
Ada cerita bahawa beliau mungkin menjadi Menteri Besar Perak yang baru.
Mengapa Nizar mahu digantikan? Mungkin sebab terlalu mengikut kata DAP kot. Ada kata Raja-raja Melayu pun marah tindakan beliau yang mengikut telunjuk DAP. Betul ke?
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Ini bukan petanda awal Anwar akan menguasai Putrajaya.Cuma tindakan kekeciwaan yang teramat sangat kepada UMNO yg tak pernah belajar dari kekalahan maka tunggulah kejatuhan Empayar UMNO.
Bagus tu Menteri besar Nizar perlu di ganti. Dia ni ikutt sangat DAP. Cari lah orang yang lebih daripada dia, kan bagus tu/
Macam macam cerita...alahai...nak jadi MB lah, itu lah, ini lah dan lagi dan lagi.
Jangan buat cerita la, kalau jumpa raja pun tak pernah macam mana nak tahu pemikiran raja.
Ini lah Melayu fikiran lain tak ada ke, ikut telunjuk lah, itu lah macam pernah berbincang dengan MB je, masuk pejabat MB pun tak pernah!!!
Saudara tanya "betul ke" pasal Dato Nizar ikut DAP.
Jawapan saya kepada saudara adalah: "tidak betul".
Sebagai seorang ahli parti PAS, izinkan saya memperjelaskan beberapa perkara mengenai mekanisma 'decisionmaking' di dalam pentadbiran negeri-negeri Pakatan Rakyat.
Di Perak, seperti di negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat, semua keputusan dibuat secara musyawarah yang melibatkan ketiga-tiga parti PR. Persetujuan dibuat setelah menelaah tindakan polisi yang akan diambil.
DAP berkerjasama dengan PAS secara harmoni, walaupun terdapat beberapa perbezaan pendapat dan pegangan. Namun begitu, sebagai orang Teluk Intan, sukacita saya maklumkan kepada saudara bahawa pentadbiran kerajaan Perak berjalan lancar.
Mungkin UMNO dan parti-parti Barisan Nasional boleh mengambil iktibar daripada kerjasama antara PAS, PKR dan DAP.
Sekian, wasalam.
salam dato apa khabar,
Dato mohon tanya sikit mengapa nama saya dikeluarkan dari ruangan pelayar budiman.Saya tidak kecil hati cuma berharap satu hari nanti sy akan mendaptkan tempat dalam blog dato,Sy akan terus menjadi pelayar setia dato.salam maju jaya dato.TERUBUK JANTAN.
Perkembangan politik mutakhir menunjukkan PKR bukanlah tidak ada masa depan.
Oleh itu, mungkin tidak salah beliau melompat ke kapal lain, kerana tidak mahu hanyut atau tenggelam bersama BN.
Kesimpulannya kepentingan diri, tiada kesetiaan dalam perjuangan parti. Dia cuma ada kesetiaan di dalam perjuangan diri, sedangkan dia bertanding atas tiket parti, bukan atas diri sendiri.
Golongan seperti ini sebenarnya tidak diperlukan di dalam parti, tetapi dalam masa yang sama amat memerbahayakan parti. Oleh itu ahli-ahli UMNO haruslah berhati-hati untuk memilih pemimpin dalam parti. Ahli-ahli baru hendaklah diberi kursus perkaderan untuk menanamkan semangat sentiasa setia dan ikhlas kepada parti dan setia kepada perjuangan parti.
Walau bagaimanapun tahniah aku ucapkan kepada ADUN Datuk Nasharuddin kerana anda telah dapa hidayah....
ahli umno yang lain bila lagi nak sedar dan insaf.........
Akhirnya DSAI telah berjaya dengan misi barunya di PERAK.Siapa lagi selepas ini...desus-desus sudah kedengaran walaupun dinafikan oleh pimpinan UMNO PERAK.Siapa mereka-mereka itu, adakah dari Selama,Beruas ataupun dari Sungai Siput.Press conference oleh YB Nasaruddin cukup cantik intipatinya.Satu skrip yang menusuk kalbu setiap rakyat di PERAK.Sudah jelas hari ini kebanyakkan pemimpin UMNO mementingkan diri sendiri, ada agenda yang tersirat dan sudah lari dengan perjuangan parti.Selepas kekalahan untuk merebut Ketua bahagian,hati pun cepat-cepat berubah,inikah pemimpin yang sejati.Pandangan saya yang ikhlas YB Dato' Nasharuddin Hashim telah melakukan satu kesilapan yang besar dalam karier politiknya.Majoriti pengundi adalah orang Melayu,dan harus ingat semangat Melayu masih ada di kawasan Bota ini.Kalau beliau ingin sangat melompat parti,beliau sepatutnya masuk parti PAS bukan PKR.Bagi saya perjuangan PAS relevan dari PKR.Rakyat di kampong pilihan mereka samada UMNO ataupun PAS.Inilah hakikatnya yang perlu di amati oleh YB Nasaruddin.Mungkin DSAI ada berjanji dengan beliau tetapi harus ingat DSAI adalah seorang politician yang licik dan pandai bermain perang saraf dalam arena politiknya dan sebagai orang yang matang dalam politik YB Nasaruddin sepatutnya pandai membuat penilaian.Seperkara lagi apabila melompat parti,semua orang tahu kerana kekecewaan dalam merebut tempat dalam UMNO.Apabila anda lari melompat maka rakyat pun tahu temberang YB sebagai ahli politik selama hari ini.Hari ini mungkin YB kelihatan sebagai jaguh tetapi harus diingat jaguh kampung tidak boleh pergi jauh.Sayang,seribu kali sayang YB Nasharuddin,anda telah memakan jerat DSAI dan akhirnya percayalah anda tidak akan kemana-mana selepas ini.UMNO sudah lihat anda sebagai pengkhianat dan kesetiaan anda sudah di anggap bangsat oleh orang UMNO.Orang PKR bukan bodoh, kalau anda boleh berubah hati,mungkin anda pun boleh berubah hati dengan parti PKR satu hari nanti.Sebagai seorang yg dihurmati,bekas DO sepatutnya anda perlu berfikir sewaras-warasnya dengan siapa anda nak berurusan.Tapi apa nak buat,keputusan sudah di ambil,sesal dulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.
Sekian.
Orang lama dalam UMNO dan kenali YB secara dekat.
Alaaa Melayu... cakap macam nak rak... habok pun tarak! Menang sorak kampung tergadai!
Next is Ariff Shah.
Salam Bro...
Rasanya PERAK akan jadi boneka DAP buat selama-lamanya.... doakan saja kesejahteraan rakyat PERAK yang semakin beri ruang keapada PKR
salam...
angan2 anuwar yang tidak prnah padam. walaupun melobi ahli BN tok masuk PKR... Yang saya pelik, kenapa tak masuk PAS????? Kenapa??????
Sumandak Bayu:
Pakatan Rakyat tu berfungsi berdasarkan consensus/musyawarah.
Mereka tak berfungsi cam Barisan Nasional di mana ada satu parti (UMNO) yang membuli parti lain yang menjadi boneka UMNO.
Cuba tanggalkan "cermin mata" pentadbiran style UMNO. Banggakan lah style berkerjasama sebenar Pakatan Rakyat.
Perak akan tetap sejahtera, selagi rakyat tak kira Melayu, Cina atau India semua terjaga dan tiada korupsi.
Jangan lah kau nak guna wayang kulit perkauman untuk menakut-nakutkan dan memperbodohkan kaum Melayu lagi!
Salam DIY
Mesti ada habuk BESAR menyebabkan ADUN BOTA ini lompat ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) .
Kita berharap Agensi ACA buat kerja risikan baik-baik, senyap-senyap dan tampilkan mereka yang berSALAH kepada muka keadilan.
Saya berharap YB-YB yang lain dalam BN JANGAN ikut langkah ADUN BOTA ini.
Tak selamat diakhir hayat nanti.
'YB ADUN BOTA YOU HAVE BETRAYED OUR TRUST AND SHAMEFUL ON YOU. '
adun bota didesak letak jawatan dan bertanding semula di dun bota!
baru tau rakyat sokong ke tak.
lompat parti hanya menguntungkan perut sendiri.
adun bota, sila pergi ke majlis2 di kawasan anda. mesti ramai yang menyampah dengan anda.
tak pecaye? buat dulu...
Seruling Murni...bukalah cermin mata awak tu,bersihkan semua tahi mata dan habuk2 yang terlekat pada cerminnya...agar penglihatan anda akan lebih terang dan jelas tentang kerajaan BN....
Dalam BN, Umno bukan pembuli..tapi, sering kena buli sebagai pembuli.. kerana angka wakil rakyat mereka lebih banyak dari komponen yang lain. Habis tu nak buat cammana... majoriti pengundi sesuatu kawasan adalah penentu kaum mana yang jadi wakil mereka..!! Begitu juga dalam komponen BN, kalau satu wakil UMNO tak setuju, maka yang lain itu juga mempunyai muafakat yang sama.. itupun dikata sebagai membuli??
Perak tetap sejahtera amende?? Tiada korupsi amende.. sedekah seks tu apa ke he nye?? Seruling Murni... murnikanlah minda merdeka anda itu semurni-murninya, dan jangan lupa daratan... tanpa UMNO, anda tidak akan menjadi seperti `siapa' anda sekarang!!
Wahai ADUN BOTA.....cukup pengkhianat..orang macam inilah yg nak lepaskan diri sendiri dan bersekongkol dengan musuh...masih ingat bila Melaka jatuh ke tangan portugis dulu???..ye...ADUN BOTA adalah generasi dari pengkhianat2 melayu terdahulu...
Antipkrsarawak.........
kau ni memang tak tahu bab Pilihanraya la.....
Kalau ADUN Bota kosongkan kerusi dia memang dia bodoh sangat la....
Pasai apa dia bukan boleh bertanding balik.....
kau ingat dia bodoh ka....?
Post a Comment