Thursday, January 22, 2009

OBAMA GUNA AL-QURAN?

Dua kali angkat sumpah? Mengapa? Sebab satu perkataan.

Hari kedua Presiden ke 44 Amerika terus merekodkan sejarah apabila terpaksa mengangkat sumpah sekali lagi sebagai Presiden setelah Ketua Hakim Negara itu dikatakan tertinggal satu perkataan penting semasa majlis melafaz sumpah pertama selasa lalu.

Majlis angkat sumpah kali kedua ini diadakan di Rumah Putih di hadapan Ketua Hakim Negara itu John Robert.

Ketua pentadbiran perundangan Rumah Putih, Greg Craig, berkata upacara angkat sumpah kali kedua ini diadakan sebagai langkah berhati-hati untuk mengelak sebarang keraguan terhadap kesahihan upacara terdahulu.

Katanya pihak pentadbiran Rumah Putih yakin upacara angkat sumpah ulung Presiden Selasa lalu telah diadakan dengan teratur dan mengikut prosidur.

Namun lafaz sumpah itu terkandung dalam perlembagaan dan terpaksa dilakukan semula walaupun hanya melibatkan satu perkataan.

Majlis itu bagaimanapun berlangsung dalam suasana ceria, malah Obama sempat berjenaka mengenainya.

Obama hanya mengambil masa 25 saat untuk mengulangi lafaz sumpah itu.

Upacara itu disaksikan beberapa rakan politik yang rapat dengan Obama.

Dalam sejarah, dua orang Presiden Amerika sebelum ini Chester Arthur dan Calvin Coolidge pernah terpaksa mengulangi lafaz sumpah Presiden kerana kesalahan yang sama.

(Renungan Rimau: Jangan pula ada orang sebar bahawa Obama angkat sumpah menggunakan Al-Quran. Semalam, Obama angkat sumpah dengan meletakkan tangan di atas bible.)

6 comments:

Anonymous said...

jadi sudah bermulalah perjalanan Obama sebagai Presiden Amerika yang ke 44.masih terlalu awal untuk kita menilai sejauh mana prestasi Obama sebagai Presiden dan apakan perkara atau pembaharuan yang dia boleh/bakal lakukan kelak.

Unknown said...

walaupun dunia gembira dengan perlantika Obama sebagai Presiden,kita harus juga tengok pada realitinya.

jangan mudah bergembira dan berpuas hati.masih belum ada ketentuan yang Obama adalah lebih bagus dari Bush dan semua bekas Presiden yang lain.kita boleh lihat dimana setiap kali Presiden ditukar tetapi Amerika masih tetap sama dengan berlagak sebagai "abang" atau "supervisor" kepada negara-negara lain.

abe MIE 'TERJAH' said...

datuk,
obama pun bersumpah...

anwar ibrahim (product yahudi BUSH) belum lagi bersumpah pasal liwat dengan saiful..naper?

antianwaribrahimdotcom said...

orang zaman kini tak terima SUMPAH GUNA QURAN.

mereka kata sumpah guna quran takde dalam ajaran islam.

dulu tak dengar pulak tak boleh sumpah ekot quran.

bila dah ada kes liwat, semua ni tak boleh.

mcm2...

rayliew said...

Dunia sekarang dunia cyber, penyaluran maklumat amatlah mudah sekali tetapi janganlah sampai ianya disalahgunakan sehinggakan maklumat yang dipaparkan TIDAK BENAR, dan menimbulkan pertanyaan kelak......mana ada orang mahu percaya kepada maklumat yang disalurkan lagi.. PERKARA yang sensitif yang melibatkan agama dan kaum jangalah disentuh semata-mata untuk mendapat populariti...

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Kita juga kena percaya pada al-kitab : Taurat,zabur Injil dan Al-quran.Yang otentik saja.

Depa langsung tak percaya pada Al-quran.

Itu bezanya.