Perkataan penasihat adakalanya agak sensitif sekarang. Ada jadi penasihat ugama, penasihat media atau penasihat ekonomi. Ada yang nama saja penasihat tetapi tidak pernah memberi nasihat sekalipun. Malah ada yang memperlekehkan mereka. Apa daaa? Kalau faham bahasa Tamil, mungkin penasihat ini, orang akan jerit macam ini, "hei parpu...cuma ere da, wong gayoum" - tolong carilah makna yang paling dekat. Tapi ringkasannya ialah jangan jadi orang yang tidak berguna macam kulit bawang.
Cerita mengenai Sime Darby hendak mengambil Institut Jantung Negara (IJN) mungkin sudah habis. Tetapi daripada risikan DuniaTiger, syarikat multinasional ini mempunyai niat tersendiri iaitu membantu IJN terutama bagi memastikan pakar jantungnya tidak "lari" ke tempat lain. Antaranya menaikkan gaji pakar dan menyediakan pelbagai kemudahan di IJN Kuala Lumpur. Dalam ertikata lain, IJN di Kuala Lumpur tetap akan menjadi IJN seperti lalu.
Namun, Sime Darby juga berminat untuk membuka lagi satu hospital yang sama di Selatan Semenanjung untuk menyediakan perkhidmatan yang sama tetapi kali ini lebih komersial dan disasarkan kepada golongan yang banyak wang. Kumpulan jutawanlah.... yang mempunyai rumah di London, New York atau Paris. Bukan macam saya yang ada satu-satu rumah di Subang Jaya. Itupun masih berhutang. Apa daa..
Namun, niat dan hasrat baik Sime Darby ini tidak diterangkan terlebih awal. Oleh kerana pembongkaran berita pengambilalihan ini yang kurang jelas menyebabkan isu itu "meletup" dan pelbagai tuduhan dilemparkan kepada syarikat berkenaan. Malah imej syarikat itu terus dikritik, mungkin ada orang sakit hati dengan proses penyatuannya dulu menyebabkan ada yang jadi General Manager menjadi Senior Manager. Apa daa..
Sepatutnya "pakar-pakar pr atau doktor pusing" perlu menerangkan dengan jelas niat Sime Darby itu terlebih dahulu termasuk memberitahu kepada rakyat bahawa IJN Kuala Lumpur tidak akan dikomersialkan tetapi menggunakan namanya untuk pembukaan sebuah lagi IJN untuk orang kaya. Tetapi malangnya...rahsia dah terbongkar dan orang pun menjadi marah. Apa daa..
Lain kali, eloklah cari penasihat yang baik dan pakar bagi menasihatkan perkara-perkara sebegitu. Ini penting untuk memastikan penasihat tidak menjadi punahsihat.
Saturday, January 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Apa salahnya kalau kerajaan sendiri pump in dana kepada IJN rakyat tak akan bising. Kalau kerana dasar, ubahlah dasar demi rakyat marhean macam Mummy mampu pakai MYVY saja.
Yg menjadi ketakutan rakyat ialah kerana sejarah pengswastaan amat memilukan.Pasal tu semua melenting.
Datuk, soalan yang bermain di kepala ramai orang isalah ini:
jika SD nak buka heart specialist, buka lah, kenapa nak kacau IJN?
Kalau kata specialist ramai nak lari, kenapa mereka tak lari, kenapa ramai yang tandatangan petisyen untuk dtidak dijadikan sebab usha penswastaan?
SJMC pun nama kuat juga, first to perform liver operation lah and all sorts of thing so if they want to open SD Heart centre in JB buka lah, kalau nak setakat guna nama, bayar ajelah royalti so royalti can help pay doctors more and maybe buy more equipment... ye lah kalau itulah niatnya...
boleh datuk renungkan sikit tak
kalau tanya SD, memang lah dia cakap niat dia suci... sapa nak mengaku tak suci
Sime Darby nie pun ... bukak la hospital sendiri ... kemut tul lah nak sonang jer kerjanya.
Ambik Rangkaian Hospital Pantai beli saham ... apa susah. Tubuh IJN sendiri.
Dasar penswastaan diasaskan oleh Tun dr. Mahathir...ada yang berjaya dan ada yang gagal...masa dia buat dasar ini tak ada pula orang bising..kan dah banyak syarikat kerajaan diswastakan...BAIK ATAU BURUK kepada kita?
Off topic. Kalau belum ada info ni minta maklumkan dalam blog web mengenai boikot Israel
http://www.mylinkspage.com/israel.html
Raden
Post a Comment