Pernahkah anda hilang kereta? Pasti satu pengalaman yang amat menyakitkan. Apatah lagi jika kereta itulah satu-satu kenderaan ke tempat kerja atau menghantar anak sekolah. Pasti memilukan dan mahu segera ditangkap "sang penyamun".
Kawan saya hilang kereta setahun lalu. Katanya, ia satu pengalaman yang memeritkan. Bukanlah kerana itu hanya satu-satu kereta tetapi ia baru dibeli. Kereta mahal pula tu. Bukanlah tidak boleh menuntut insurans tetapi pengalaman yang menyusahkan dan adakala menjengkelkan.
Selama seminggu, beliau seperti orang gila yang akan bertandang ke pelbagai tempat termasuk hotel dan kompleks beli-belah untuk mencuba membuka kereta sejenis menggunakan kunci automatiknya. Dari hari ke hari beliau mencuba tetapi gagal.
Beliau mendapat ilham begitu kerana mengikut nasihat rakannya yang berjaya mengesan keretanya tetapi "gagal" untuk mendapatkan semula kerana aduannya tidak segera dilayan terutama pengawal di pelabuhan terbabit.
Apa yang berlaku ialah rakannya yang mengesyaki keretanya dicuri oleh sindiket yang menghantar ke luar negara, bertindak berani menekan kunci automatik di setiap kontena yang ditemui di Pelabuhan Klang.
Akhirnya, selepas beberapa minggu, beliau mencubanya akhirnya tekanan kunci automatik itu telah menyebabkan alarm sebuah kereta berbunyi dalam sebuah kontena yang ingin diangkut ke atas kapal. Beliau yakin itu keretanya.
Bagaimanapun, nasibnya tidak baik kerana kapal itu berlepas begitu saja disebabkan pengawal di kawasan berkenaan lambat membantu. Pihak berkuasa yang datang selepas itu tidak dapat membantu kerana kapal yang membawa kontena itu sudah tidak kelihatan.
Inilah taktik yang digunakan oleh kumpulan penyamun untuk mendapatkan "barangan percuma" untuk dijual di pasaran antarabangsa. Memang penyamun tarbus.
Ketika membuat laporan polis, kawan saya bertemu dengan lebih 10 orang yang tinggal di taman berhampiran yang turut membuat laporan kehilangan kereta pada malam yang sama. Memanglah ada sindiket penyamun yang mencuri menggunakan kontena.
Tuesday, January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Bagaimana agaknya mereka yang kehilangan anak kesayangan. Ini sangat memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi. Saya teringat akan satu cerita...seorang perempuan sugul kerana mengenangkan telah 4 malam ia tidak cukup tidor. Apabila ditanyakan oleh seorang Pakar Jiwa dalam setahun berapa lama ia tidor dan dalam sepanjang hayatnya bererapa jam ia tidor. Dan dibanding hanya 4 malam ia tidak cukup tidor. Lalu ia sedar akan perbuatannya yang merundur sugul itu. Penyakit sugulnya mula sembuh.
Dato;
Sikap - Tak kesah, Tak apa, Tak peduli - dah tebal dalam masyarakat sekarang. Cuma bila terkena diri sendira baru nak hardp pertolongan dan kesedaran orang.
Pegi lah pada kaunter polis, hospital, kaunter2 kerajaan dan hatta kaunter syarikat2 swasta sekali pun, kalu nak mengadu hal - sikap acuh tak acuh - seolah olah tidak ada "urgency" - untuk memainkan peranan untuk mempercepatkan proses, apalagi ketika kecemasan.
Tak ape, tak kisah, tak peduli asalkan yang kena awak, bukan saya. Tapi bila sendiri kena, tolong lah, bantu lah, sensitif lah dsb. Masyarakat sekarang dah tak ambil kira; kalu ada pun segelintir yang amat2 kecil.
MRSM Kalae Chepo 66/73
Tuan Tiger,
Saya amat berharap supaya tuan dapat datang ke RTM Sarawak untuk memberi motovasi kepada petugas-petugas berita di sini untuk membuat perubahan sama seperti Angkasapuri. Mungkin teguran dan nasihat yang tuan berikan nanti dapat menyuntik semangat kepada mereka untuk bekerja lebih baik lagi.
saya juga mengalami nasib malang,kereta Waja DAM 471 hilang semasa Solat terawaeh pada 19 Ramadhan didepan masjid Guntung LImbat.Warna Kelabu.Ada banyak Dokumen spt buku tabung haJI DAN BUKU AKAUN BANK.aLAMAT:pT 1264, kG. TEMESU, LIMBAT, 16150, kB, kELANTAN.hUBUNGI SAYA: 0139261085
Post a Comment