Saturday, January 31, 2009

KARNIVAL SUKAN BES RTM PAGI ESOK

Posting Kedua - 12.40 malam

Ucapan takziah kepada sahabat saya, Datuk Hafifi Hafidz, atas pemergian anak lelakinya ke rahmatullah petang tadi.

Majlis pengkembumian akan diadakan pada jam 10 pagi esok.

Semoga roh anaknya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.

Al-fatihah.

Posting Asal- 10.07 malam

Bagi menjalinkan silaturahim antara kakitangan, Bahagian Berita Ehwal Semasa (BES) RTM akan menganjurkan Karnival Sukan di padang RTM mulai jam 9 pagi esok.

Jurucakap penganjur, Jalil Mat Dom, berkata karnival ini adalah acara tahunan BES sejak 2005.

Sebelum ini ia dikenali sebagai Piala Merdeka RTM iaitu satu pertandingan bolasepak antara unit dalam BES.

Untuk tahun ini, program itu diperkembangkan lagi yang meliputi sukan rakyat termasuk acara tarik tali dan juga pertandingan untuk kanak-kanak dan wanita.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada penaja utama karnival Pos Malaysia Bhd dan penaja lain termasuk F & N.

Karnival itu akan dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

2 comments:

Kulupbana said...

Salam Datuk,
Baguih lah kalau dibuat aktiviti rekreasi lagu ni. At least tak stress sangat kalau dah hari-hari tertekan dengan tuntutan 'deadline'.

Tapi jangan lah semua pi bersukan, nanti sapa pulak nak baca berita, cari berita, sunting berita, edit teks dan terbit program?

Awalludin tu teror main badminton, Datuk sendiri pun kaki ragbi; memang elok sesekali ke padang memerah peluh.

Kalau boleh, blog Datuk ni siarkan keputusan perlawanan and foto-fotonya sekali.

Saya cadangkan juga perlawanan bekas warga TV3 menentang warga RTM, tengok sapa menang.

ibrahim yahaya said...

Sdr KB,

Hari ini, pasukan Polis Bantuan RTM memenangi kedua-dua acara utama iaitu Futsal dan acara Tarik Tali.

Saya yakin mereka yang hadir amat gembira mendapat hadiah cabutan bertuah termasuk pelbagai barangan elektrik selain hadiah kemenangan mereka.

Tahniah kepada semua.

Terima kasih kepada penganjur terutama Jalil Mat Dom dan rakan-rakan yang bekerja keras. Hafizal, Ismadi, Akhtar, Rizal, Epin dan ramai lagi yang bekerja keras.

Jika ada sesiapa yang mahu memanggil hujan, kami ada pakar yang boleh membantu. Siapa?