ITS A WILD WILD WORLD. TO SURVIVE ONE MUST BE STRONG AND COMPETENT. DONT DEPEND ON OTHERS...TOO MUCH.
Friday, January 16, 2009
MELAYU MISKIN DI PINGGIR BANDAR
(Warong keropok lekor 007. Ramai pengunjung terutama VIP. Hari ini dipenuhi oleh golongan berkopiah. DIY terlupa pakai songkok. Takpe kan?) (DIY di Warong Keropok Lekor 007. Saya rasa lebih sedap daripada keropok lekor losong. Kawan bertanya, "mengapa saiznya tidak boleh dibuat macam sosej?". Jawapannya, keropok itu digentel barulah sedap) (Rumah Melayu di pinggir bandar. Pemilik tanah memerlukan seorang Ahli Parlimen yang mampu membantu mereka mempertingkatkan tahap sosioekonomi mereka. Bangsa Melayu perlu membangun sejajar dengan pembangunan negeri) (Pemilik tanah di pinggir bandar perlu membangunkan tanah mereka dan jangan ketinggalan daripada arus pembangunan)
kalau Dato pakai Kopiah lebih hensem daripada pakai songkok..... lagipun ramai orang dah tak minat nak pakai songkok elok la beralih kepada kopiah........
Melayu miskin di sana sapa yang perlu disalahkan. Negeri kaya tapi kenapa nikmat kekayaan tu tak menyeluruh. Ada kah projek di pulau duyung tu memberi kebaikan kepada mereka. Pas hanya memerintahkan kat sana 5 tahun aje yang lebih nya BN.. itule akibatnya kalau kita hanya ada pemimpin yang tahu penting diri mereka sendiri. Jangan dok salah kan orang lain. Kenapa berebut nak jadi adun sebab situ lubuk segala macam kemewahan . Kalau mereka tengok adun itu merupakan amanah tak gaduh punya nyak jadi calon.
Keep your day job and start minding your own business.
PENAFIAN
Sebarang maklumat, artikel, pandangan atau bahan penulisan yang tertera dalam blog ini yang bukan ditulis atau disediakan oleh pemilik blog adalah menjadi tanggungjawab atau liabiliti sepenuhnya penyumbang atau penghantar bahan berkenaan dan pemilik blog menafikan sebarang tanggungjawab atau liabiliti ke atas bahan itu.
Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan orang yang hanya membuat apabila disuruh. LUKMAN AL-HAKIM.
RUKUN NEGARA
LATAR BELAKANG
Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara. MATLAMAT DAN PRINSIP RUKUN NEGARA.
i)Matlamat Rukun Negara - mengukuhkan perpaduan.
memelihara corak hidup demokratik.
mencipta sebuah masyarakat yang adil.
menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi. ii)Prinsip-prinsip Rukun Negara - a)Kepercayaan kepada Tuhan -
agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.
rakyat yang beragama mudah diurus.
perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.
b)Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara -
semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.
Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.
Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.
penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.
c)Keluhuran Perlembagaan -
perlembagaan merupakan undang-undang utama
perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul
rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya
d)Kedaulatan Undang-Undang -
rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.
rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.
rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.
e)Kesopanan Dan Kesusilaan -
rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.
ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.
amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.
2 comments:
kalau Dato pakai Kopiah lebih hensem daripada pakai songkok.....
lagipun ramai orang dah tak minat nak pakai songkok elok la beralih kepada kopiah........
Melayu miskin di sana sapa yang perlu disalahkan. Negeri kaya tapi kenapa nikmat kekayaan tu tak menyeluruh. Ada kah projek di pulau duyung tu memberi kebaikan kepada mereka. Pas hanya memerintahkan kat sana 5 tahun aje yang lebih nya BN.. itule akibatnya kalau kita hanya ada pemimpin yang tahu penting diri mereka sendiri. Jangan dok salah kan orang lain. Kenapa berebut nak jadi adun sebab situ lubuk segala macam kemewahan . Kalau mereka tengok adun itu merupakan amanah tak gaduh punya nyak jadi calon.
Post a Comment