Thursday, January 22, 2009

SIAPA JADI LEMBU KORBAN?

(Gambar oleh AgendaDaily)

Posting Kedua - 10.25 pagi (23/1/09)

GERAK akan menyerahkan memorandum dakwa MB Selangor menyalahguna dana negeri itu membeli lembu korban kepada Sultan Selangor petang ini. - AG.

Posting Asal - 8.04 malam

Oleh: Roslan Bian (Agendadaily)

Siapakah yang ingin diperbodohkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu dakwaan kononnya beliau menyalahgunakan kuasa serta dana kerajaan negeri Selangor membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bagi kawasan parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur?

Adakah Menteri Besar itu ingin memperbodohkan wartawan, rakyat Selangor serta pengundi-pengundi di Bandar Tun Razak ataupun dirinya sendiri?

Apa yang pasti ketika menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan yang dikemukakan Gerakan Anti Korupsi (GERAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid cakap berpusing-pusing mengenai perkara tersebut.

Beliau yang mengakui ada penghantaran lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak menganggap isu itu kecil, tidak tahu siapa yang membuat pembayaran malah mendakwa tidak tahu wujudnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) yang membayar RM110,400 harga haiwan tersebut.

SIC adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang di pengerusikan sendiri oleh Khalid.

Pasti sesuatu yang mustahil sebagai pengerusi, beliau tidak mengetahui kewujudan SIC yang sudah membuat pembayaran sebanyak itu kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang membekalkan lembu-lembu korban pada Aidil Adha lalu.

Beliau sebaliknya berkata, pemberian lembu-lembu korban itu adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu PKNS yang mahu mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Disember.

"Saya ingin menjelaskan bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya kepada sekumpulan wartawan yang menunggu lebih empat jam bagi sidang media selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Exco di Shah Alam, Rabu.

Khalid juga menegaskan, dana anak syarikat kerajaan negeri termasuk PKNS tidak akan digunakan keluar daripada Selangor.

Sama ada beliau tahu atau buat-buat tidak tahu, enam anak syarikat di bawah PKNS adalah PKNS Engineering & Construction Berhad, Selaman Sdn Bhd, PKNS Infra Berhad, De Palma Management Services Sdn Bhd, Worlwide Holdings Berhad serta SIC.

Apakah enam syarikat ini adalah sama seperti dimaksudkan Khalid sebagai syarikat yang mengagihkan haiwan itu atas dasar program khidmat sosial syarikat korporat?

Sekiranya benar, bererti memang benar pembiayaan lembu itu menggunakan wang syarikat di bawah anak kerajaan negeri sekaligus membenarkan dakwaan GERAK berlaku aliran dana kerajaan Selangor keluar dari sempadan negeri tanpa mengikuti prosedur urusan kewangan yang betul.

Untuk rekod, amalan mengagihkan lembu korban kepada masjid di Seluruh Selangor sebelum kerajaan negeri itu ditadbir pakatan PKR, DAP dab PAS dibiayai oleh Perbadanan Permodalan Negeri Selangor (PNSB).

Bagaimanapun tahu lalu, PKNS diarah memikul tanggungjawab itu.

PKNS pula yang mempunyai ‘ enam anak’ syarikat meminta ke semuanya menyediakan peruntukkan membeli kira-kira 370 ekor lembu daripada PKPS yang beharga RM2.400 seekor.

Bagaimanapun difahamkan, selain jumlah itu ada arahan supaya 46 ekor lembu dihantar ke parlimen Bandar Tun Razak.

Kesemua anak syarikat dikatakan enggan membuat pembayaran kepada PKPS setelah menyedari bekalan bukan untuk kegunaan di Selangor.

Akhirnya, SIC yang mana salah seorang pengarahnya ada Pemangku Pengurus Besar PKNS Datin Paduka Low Siew Moi sudah menjelaskan bayaran kepada PKPS.

Terdahulu, GERAK ketika membuat aduan kepada SPRM Selangor meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.

Terpulang semua pihak menilai penjelasan Khalid dalam isu tersebut. Sikap beliau pusing sana atau pusing sini menjawab pelbagai isu di Selangor sudah cukup difahami oleh petugas media di negeri itu.

Contohnya dalam isu pembelian Toyota Camry menggantikan Proton Perdana bagi kegunaan Exco, Khalid pada 12 Disember menafikan kerajaan Selangor sudah membuat keputusan membeli kenderaan itu.

Seperti laporan akhbar, katanya katanya kerajaan negeri hanya sedang mengkaji dan meneliti model-model kereta termasuk Toyota dan Honda tetapi pada 9 Januari kereta Toyota Camry 2.4 sudah diterima kerajaan negeri.

Khalid berkata, harga 10 kereta itu hanya RM130,000 seunit beerti harga 15 unit sebanyak yang diterima ssepatutnya kira-kira RM1.9 juta.

Beberapa hari kemudian Khalid mengakui harga kesemua kenderaan itu RM2.32 juta bermakna harga bagi setiap unit adalah melebih RM154,000.


(Renungan Rimau : Baru-baru ini, PKR menerusi sebuah syarikat perunding motivasi telah memanggil semua pakar motivasi termasuk personaliti motivasi terkenal yang selalu keluar televisyen untuk membantu mereka di Selangor. Namun, ramai yang dipanggil itu merasakan diri mereka tertipu kerana apa yang diwar-warkan ialah untuk "membela Melayu" tetapi sebenarnya untuk "membela Khalid dan Anwar" atau "membantu PKR". Nak bagi projek ke?)

12 comments:

Jeepers Creepers said...

Biasalah politik. Cakap orang politik bukannya boleh percaya ha ha ha.

Mrkolumpo said...

ermm..tapi camne pulak org yg beria buat dakwaan tuh??bersih sgt ker??tak buat rasuah jugak ke?hehehe...nak tutup kudis sendiri dgn tuding tunjuk kudis orang yerrrr...

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Itulah Kerajaan Pakatan Rakyat adalah Parti Kurang Relevan maka semua perbuatan mereka adalah ' CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN' Oooooo!!!!!! aPAKah komen DSAI ?

bungaraya said...

Kalau ada orang melayu yang menyokong PKR ia tentulah keluarga DSAI. Mereka boleh juga terdiri dari orang yang kecewa kerana dalam kerajaan BN mereka tidak pernah berjaya mendapat peluang berkuasa atau berpangkat. Atau yang mungkin "mulut becok" dan selalu menimbulkan masalah kepada Ketua Bahagian atau pemimpin UMNO sehingga kurang mendapat layanan.
Kalau kaum lain, memang mereka tidak suka dengan UMNO.
Ahli PKR sbukannya rakyat pejuang bangsa yang sejati. Malah keujudan PKR itu sendiri atas dasar dendam kesumat yang terlalu "panas".

WAK SAPU said...

Menteri Besar Selangor nampaknya amat bermurah hati kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk diberi kepada orang luar Selangor yakni dikawasan Parlimen Tun Razak Wilayah Persekutuan. Tapi mengapa kat kawasan Parlimen Tun Razak saja yang kerajaan negeri selangor nak kasi 'sedekah'. Wak dan kawan Wak di Parlimen Sik Kedah, Parlimen Bukit Gelugor,Penang, Parlimen Rompin Pahang, Parlimen Setiu Terengganu mahu juga lembu itu jika kerajaan negeri Selangor nak sedekah. Kawasan Parlimen Tiger pun nak sekor lembu juga kan kan kan.

Anonymous said...

Salam Tok Rimau,
Paku dulang, paku serpih, mengata org dia yg lebih... Mereka ni lebih-lebih-lebih lagi banyak kurapnya (corrupt)! Itu baru tadbir beberapa negeri, kalau satu negara... entahlah. Wallahulam.
Wassalam.

Anonymous said...

Salam Tok Tiger....
Khalid `Flintstone'Ibrahim sememangnya seorang pakar ekonomi yang terrer putar belitnya.. kalau tidak, takkan boleh kaya giler lepas jadi boss PNB dulu....

Nasib baik lembu2 tu tidak dikira `sedekah' PKNS pada rakyat.. kalau tidak, Low Siew Moi tak perlu main `angguk2,geleng2,iya2..ikut saja'.

Anonymous said...

Doa PKR:

"Wa am pusing sini, wa am pusing sana, wa an kona sini, wa an kona sana, birah mati ka lembu sana mari"

Aaamen.


MRSM Kalae Chepo 66/73

Anonymous said...

saya masih lagi x beberapa faham sangat isu lembu korban ini.tapi apa yang saya faham jika benar ada unsur penyelawangan maka pihak yang menyelewang patut dikenakan tindakan.juga dikhabarkan daging-daging tersebut ada yang diagihkan ke luar Selangor.

Khalid patut transparent sahaja dan tak perlu berbelit-belit macam hal toyata camry sebelum ini.

Anonymous said...

Salam Datuk,
Sebelum nni PKR selalu sangat menyerang UMNO dengan mendakwa UMNO parti rasuah dan sebagainya. Tapi dengan adanya isu baru ni, cukup jelas bahawa PKR sama seperti pemimpin besarnya iaitu Anwar Ibrahim, kaki putar belit dan kelentong!

Walaupun kes ini masih dalam siasatan tapi sudah ternyata sikap Khalid Ibrahim yang sama macam Anwar, suka cakap putar belit untuk kelirukan rakyat.. Walau bagaimanapun, di kalangan penyokong PKR, mereka pasti akan mengatakan bahawa ini hanyalah kerja jahat UMNO untuk jatuhkan kredibiliti Khalid dan PKR.. Mereka juga pasti akan berkata "lembu untuk korban pun UMNO nak politikkan?"...

Unknown said...

selepas hal toyota camry dan isu Uitm,Khalid timbul lagi dengan satu lagi isu panas - lembu korban!.

tak pasti siapa yang mula-mula membawa hal ini ke pengetahuan umum (mungkin Khir Toyo).tetapi itu tak penting yang adalah benar atau tidak Khalid menyelewangkan wang dan menggunakan wang tersebut untuk pembelian daging korban.

hal ini perlu disiasat dengan teliti kerana ia melibat amal ibadah kita sebagai orang Islam.benda baik kena berpunca dari sumber yang sahih dan halal.

Anonymous said...

Patutla orang semakin membenci UMNO...

Yahya Ahmad