Sunday, January 11, 2009

APA TINDAKAN MELAYU PERAK?

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU 10 Jan. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa orang Melayu di Perak yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun agar menuntut kepada kerajaan negeri itu untuk melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka untuk 999 tahun.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, langkah itu wajar dilakukan seperti mana pengurniaan hak milik kekal oleh kerajaan kepada penduduk kampung baru.

Tegas beliau, hak yang sama perlu diberikan kepada orang Melayu di negeri tersebut dan kerajaan pakatan pembangkang wajar melakukannya dengan adil tanpa mengira kaum.

Menurutnya, orang Melayu harus sedar tanpa tanah, nasib mereka tidak ubah seperti rakyat Palestin yang hilang negeri kepada rejim Zionis.

"Oleh itu, Perkasa menggesa orang Melayu di Perak memohon supaya tanah masing-masing dilanjutkan kepada 999 tahun, 'sediakan payung sebelum hujan' jangan pula nasib yang menimpa kepada rakyat Palestin akan berulang di negeri ini.

"Orang Melayu harus sedar tanpa tanah, hilang tanah maka hilang negeri seperti rakyat Palestin hilang negeri kepada Zionis," tegasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 30 Disember lalu, kerajaan Perak telah memberikan hak milik tanah kekal selama 999 tahun kepada 11 penduduk kampung baru di Kampung Kuala Rui, Gerik walaupun diarah menangguhkannya sehingga Majlis Tanah Negara (MTN) membuat keputusan berhubung perkara tersebut.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kurniaan itu adalah simbolik kepada keputusan kerajaan negeri menukar status pajakan kepada hak milik kekal untuk kampung baru dan kampung tersusun di negeri ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas turut mencabar kerajaan Perak supaya semua permohonan yang dibuat oleh orang Melayu di negeri tersebut diluluskan kerana sebagai kaum pribumi mereka berhak.

"Sehingga hari ini, saya tidak dengar ada orang Melayu di kampung tersusun yang mendapat hak milik kekal tanah seperti mana di kampung baru," katanya.

"Adakah ini dinamakan kerajaan yang adil atau pun hanya untuk menjaga kepentingan politik supaya kaum Cina akan terus menyokong kerajaan negeri boneka Pas," katanya.

Katanya, rakyat Perak harus sedar tentang keadaan itu supaya apa yang berlaku kepada penduduk Palestin tidak berulang di negeri itu suatu masa nanti.

(Renungan Rimau : Tanah adalah perkara penting dalam hidup kita. Tanah adalah sesuatu yang tidak boleh ditambah walaupun kita kaya raya. Allah SWT juga tidak akan menambah tanah kita atau negara ini melainkan kita menjadi lanun merampas tanah hak orang lain. Menceroboh dan menjajah. Dalam ertikata lain, kita serang negara lain dan dapat tanah mereka seperti penjajah dulu-dulu. Sekarang dah tak boleh lagi kecuali Rejim Zionis yang bermaharajalela sekarang. Oleh itu, jagalah tanah kita dan tidak sewenang-wenangnya membahagi-bahagikan kepada kumpulan tertentu semata-mata untuk mendapat sokongan mereka. PAS ini tidak sedar dan apabila mereka bangun daripada mimpi, tanah pun tergadai)

4 comments:

Anonymous said...

Si Ibrahim Ali ni menyebuk macam orang lain tak tahu berfikir. Sudah lah Pak Brahim, consider yourself lucky to be given a seat by PAS and please behave yourself as everyone knows your are a spent force and stop being baggage. 1972 INTEKMA.

merrybj said...

Dia ada berani ke? atau Melayu Perak pengecut?

antipkrsarawak said...

NIZAR TU BUDAK BODOH JER. TU PUN BERNASIB BAIK KENA LANTIK JD MENTERI BESAR.

SETIAP KATA2 NIZAR DAH KENA PANTAU OLEH DAP. KEPALA NIZAR DAH KENA LILIT DENGAN KAIN MERAH DAP.

NIZAR TAK UBAH MCM BABI KENA CUCUK HIDUNG. DOK ANGGUK JER PERMINTAAN DAP.

CAKAP BERDEGAR2 TAPI HAPRAK.

NIZAR, CERMIN MUKA TU DULU. LUBANG HIDUNG ENGKAU YANG TENGANGA TU TUTUP SIKIT.

Anonymous said...

Komen UMNO Perak dan tuan blogger macam Israel kata kat Palestin sekarang ni la.

Kita nak hidup aman damai dan kaum bukan Melayu yang dah hidup dan lahir di sini memang berhak ke atas tanah di sini juga.

Makin kita tekan dan sekat hak asasi macam Israel keatas Palestin lambat laun pergaduhan perkauman akan berlaku.

Apa yang perlu ialah pengawalan dan saksama dalam pentadbiran. Jangan bila Melayu layanan first class tapi bangsa lain second class.

Itu kamus pentadbiran orang yg lahir dulu dulu...era 60 dan 50an.

Globalisasi telah mencelikkan setiap insan tentang erti hidup untuk damai dan bukan diprovokasi untuk bergaduh.

Peace

Jon