Thursday, January 29, 2009

PERAK DAPAT MENTERI BESAR BARU?

Perkembangan politik di Perak kini dikatakan semakin menarik dengan usaha terbaru BN dan pembangkang untuk "menawan" hati ADUN di Perak menyertai parti mereka. Ini untuk membolehkan pertambahan kerusi DUN bagi parti mereka.

Ketika ini, pembangkang mempunyai 32 kerusi daripada 59 kerusi DUN termasuk ADUN Bota manakala BN pula mempunyai 27 kerusi. BN hanya memerlukan tiga kerusi lagi untuk membentuk kerajaan negeri dan ketika ini mereka dikatakan sudah berjaya "menawan" tiga ADUN pembangkang.

ADUN pembangkang itu dikatakan berminat menyertai BN kerana beberapa faktor termasuk isu pemberian tanah 999 tahun kepada penduduk kampung baru. Mereka rela mengorbankan kepentingan parti demi kepentingan bangsa selain naik muak dengan pasangan keluarga dalam DAP yang memberi arahan melampau-lampau sehingga tidak masuk akal.

BN dikatakan sedang bersiap sedia untuk mengambilalih kerajaan negeri jika apa yang dilakukan sejak sebulan lalu menjadi kenyataan. Sudah pasti mereka perlu mencari seorang pemimpin untuk menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

Perletakan jawatan Datuk Seri Tajol Rosli sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri membolehkan usaha melantik seorang muka baru menjadi kenyataan. Beberapa nama disebut akan mengambilalih jawatan itu pada masa akan datang. Perak tidak ketandusan pemimpin termasuk mereka yang mempunyai kelayakan doktor falsafah seperti Datuk Dr Zambry Abdul Kadir yang dilihat antara pemimpin pelapis negeri itu.

Bagaimanapun, pembangkang pula membuat dakwaan bahawa dua lagi ADUN BN akan menyertai mereka membolehkan jumlah kerusi pembangkang meningkat kepada 35 kerusi. Jika ini berlaku, sudah tentu BN sukar untuk mencapai impian mereka.

23 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Siapa dulu lompat kita tunggu !!

LESONGINDEK said...

pak Berahim,

Tajuk posting bukan permain. Isi kandongan nya nya aku tak reti, angin kabor ke kabor angin. Angin tu adakah angin senja,sepoi bahsa atau angin taufan. Biar yang bener aje disiarkan. Ini semacam Joseph Goeble, Menteri Disinformsi jaman Hitler Nazi, ye masih ada di jaman kita. Gue ngak percaya kalu belum sah dan pasti kabor. Buang angin kok.

Anonymous said...

Sekiranya ini terjadi BN ambil alih Kerajaan Perak
YB dari PR yang masuk BN adakah Pejuang @pun pengkianat ?
Setelah YB Nasaruddin masuk PR,beliau dikata pengkianat,penipu dan sebagainya
So LU pikir lah sendiri
Pulutkuning

Anonymous said...

Kat Perak nie, mana satu pembangkang.. mana satu kerajaan nie?

Anonymous said...

Bagus cerita dongeng orang Perak ni.
Bermimpi di siang hari dan berangan macam Mat Jenin tengah panjat pokok kelapa terus jatuh dan mampus.
Biarkan biarkan .....denial denial....karam dan tenggelam di larut Perak. TUUUUUUR.

Cucu Tok Selampit said...

Salam Tok Rimau,

Izinkan saya perbetulkan sedikit. Dekat Perak BN pembangkang dan Pakatan Rakyat kerajaan. Namun mereka tidak akan selalunya di atas. Permainan busuk telah dimulai. Jangan terhegeh-hegeh apabila ahli-ahli DUN Pakatan Rakyat mula melompat parti. Ini merupakan permainan yang adil kan. Politik tidak kotor. Orang-orang yang mengamalkannya membuatkan ianya busuk dan memualkan.

Salam.

Anonymous said...

Ikan dalam mulut kucing pun boleh terlepas, inikan pula...

Jika diamat-amati, pembangkang juga dalam keadaan 'resah gelisah'. Sebab apa? Mereka cukup memahami hakikat bahawa kebolehan utama mereka adalah 'membangkang membuta tuli'. Laksana tugas untuk rakyat? Malas nak sentuh, no comment.

Teman ingat, rakyat sahaja yang resah... keresahan ekonomi dunia melarat ke keresahan politik, tapi nampaknya, pembangkang pun turut resah kerana setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua...

Fasa menenangkan rakyat sudah berakhir, kini muncul fasa menawan pengundi muda...

Kalau Malaysia Boleh, BN - UMNO tentu Boleh Juga!!!

azlishukri said...

susah nak rampas balik Perak..sekarang UMNO tersepit..

fatamorgana said...

Dalam susah baru kita mengenal mana kawan mana musuh..

Kala UMNO dikatakan sedang parah, hanya yang setia akan menanti sambil berusaha merawat, manakala yang selama ini hanya meraih kesenangan untuk diri sendiri pasti melompat umpama tikus yang terjun bila sangkanya kapal bakal karam.

Biarkanlah tikus-tikus yang tak punya malu ini melompat kerana mereka sememangnya tidak punya harga diri, kesannya UMNO hanya akan dimiliki oleh yang kental jiwa dan akhirnya berdiri gagah kembali. InsyaAllah.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Angin yang belom tentu,yang belom saheh , sama saja macam angin kentut.

Pemuda Pelapis said...

Salam DIY,

Berikan saya laluan dan izinkan saya komen balas kepada saudara Anon bernama samaran Pulutkuning. Petikan komentar beliau di bawah ini:

"Anonymous said...

Sekiranya ini terjadi BN ambil alih Kerajaan Perak. YB dari PR yang masuk BN adakah Pejuang @pun pengkianat? Setelah YB Nasaruddin masuk PR, beliau dikata pengkianat, penipu dan sebagainya. So LU pikir lah sendiri

Pulutkuning
12:40 PM"


KOMENTAR SAYA PULA:

TELAH MENJADI LUMRAH SERTA ADAT KEBIASAAN SEBAGAIMANA DIKETAHUI UMUM BAHAWA PARA PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAKATAN RAKYAT TIDAK TERBUKA MINDA SERTA TIDAK BERSEDIA MENERIMA HAKIKAT. BENAK FIKIRAN MEREKA INI TERBATAS DAN TERKONGKONG SAMA SEKALI. APABILA MENYUKAI SESEORANG TOKOH MAKA MEREKA AKAN MENYOKONG MEMBABI-BUTA TANPA MEMIKIRKAN RISIKO MASA DEPAN BUAT SELURUH BANGSA MELAYU. CONTOHNYA ANWAR IBRAHIM DIANGGAP BAGAIKAN SEORANG DEWA YANG MAKSUM SEDANGKAN TELAH DIKETAHUI SECARA MELUAS BAHAWA ANWAR MEMPUNYAI BANYAK AGENDA TERSEMBUNYI YANG MAHU DICAPAINYA. MALAS NAK ULAS PANJANG LEBAR TAPI KALAU NAK RUJUK SILA MASUK KE BLOG SAYA DAN KLIK RUANGAN ARKIB UNTUK TONTON KOLEKSI VIDEO-VIDEO YANG DIMUATKAN. ITU CUMA SEBAHAGIAN SAHAJA.

SOAL LOMPAT MELOMPAT BAGAI KATAK NI CUBA KITA FIKIRKAN DENGAN WARAS. PIHAK MANA YANG SEBENARNYA TERDESAK? BARISAN NASIONAL SEBAGAI KERAJAAN PERSEKUTUAN TELAH MEMBUKTIKAN PROSES DEMOKRASI BERJALAN DENGAN BAIK DAN LANCAR. KALAU TIDAK MANA MUNGKIN PAKATAN RAKYAT MAMPU MENAWAN SAMPAI 6 NEGERI? MANA MUNGKIN ANWAR MAMPU MENAMBAH MAJORITI KEMENANGAN DI PERMATANG PAUH? MANA MUNGKIN KUALA TERENGGANU MAMPU DITAWAN PAS? BAGAIMANA PULA BN HANYA TERPAKSA AKUR DENGAN TINDAKAN TAK GENTLEMAN ADUN KATAK DI BOTA MELOMPAT MASUK PKR? OTAK KITA KAN DI KEPALA BUKANNYA DI KEPALA LUTUT? JANGAN LETAK BAWAH TAPAK KAKI SUDAHLAH.

OLEH KERANA PAKATAN RAKYAT TIDAK MAHU MENGHORMATI DEMOKRASI DAN MANDAT RAKYAT DENGAN MEMULAKAN ADEGAN CULIK-MENCULIK APAKAH SALAH JIKA SEKIRANYA UMNO/BN TURUT LAKUKAN? NAK MAIN CARA BERSIH KITA DAH BAGI LALUAN TAPI NAMPAKNYA NAK TUNJUK BELANG MAIN CARA KOTOR JUGAK. JADI APA SALAHNYA KITA BERPERANG CARA KOTORLAH PULAK. PR DAH CULIK ADUN BN, APA SALAHNYA BN PULAK CULIK ADUN PR? KAN ADIL NAMANYA TU. ALAHAI PERKARA KECIL MACAM TU PUN LU TAK RETI NAK FIKIR. TAHU NAK UNTUNG SEBELAH PIHAK JE MANA ACI. BAGI PIHAK DIY SAYA DAH TOLONG EXPLAIN, SO ADA FAHAM? USE YOUR BRAIN LA BRO PULUTKUNING. ENTAH-ENTAH ANDA MASIH MUDA MENTAH LAGI BARU NAK BELAJAR BERTATIH DALAM POLITIK. GUNA COMMON SENSE SIKITLAH KALAU NAK MENYAMPUK APA ORANG CAKAP. SEKARANG NI GILIRAN ANDA PULA LU FIKIRLAH SENDIRI...

PEMUDA PELAPIS

mat_terab said...

Dalam kaadaan UMNO hampir karam kalau betul lah ada ADUN PKR yang nak melompat masuk UMNO memang la orang yang paling bodoh tak tahu la aku kalau umno sanggup bagi wang berjuta-juta RM sampai anak cucu tak habis makan mungkin ada yang gelap mata kalau PRU13 tak di pilih atau kalahpun mungkin dia puas hati duit tak habis nak makan.........

R@duan said...

Saya tak kisah langsung siapa nak lompat kemana. Dalam politik tiada yang patut diterkejutkan. Berita yang terkejut ialah berita biasa dalam politik.

Anonymous said...

PEmuda Pelapis...tahniah memang dia org ni tak tahu guna akal fikiran cakap sedap mulut apa Pakatan buat semua betul, halal dan "bersih" kalau BN/UMNO buat semua tak betul salah belaka..sedar tak sedar dah 5 dekad kita merdeka malah sudah sebati dan menjadi darah daging hasil pemberian serta kenikmataan yang diberikan oleh kerajaan...baik tinggal dalam hutan daaaa kawan dengan monyet monyet ...

Anonymous said...

Come on.... Dont make things up its boring...

Anonymous said...

Aku suka tinggal dengan monyet dari tinggal ngan manusia yg amalkan rasuah semata mata nak jawatan ketua...rasuah itu berdosa...tapi buat juga...bahalul

PemudaDiTapis

Anonymous said...

Ceh!
Kalau Adun BN yg lompat parti, habis semua menyalak-nyalak menghentam. Jangan tipu dan kecewakan pengundi la, bukan pejuang sebenar la, lompat parti sebab kecewa tak diberi jawatan la.
Bila ada ura-ura Adun PR nak lompat parti, tiba-tiba isu lompat parti jadi isu yang dilihat positif, mulia, terhormat dan dianggap pejuang.

Pendirian macam lalang.

antianwaribrahimdotcom said...

PEMUDA PELAPIS...

tahniah atas komen saudara.

sebenarnya permainan lompayt parti yang semakin menjadi2 sekarang ni berpunca daripada permainan politik busuk ANWAR LAKNAT.

isu 16 sept dulu mcm ni jugak.

ANWAR LAKNAT SEBENARNYA BINATANG YANG MEROGOL HAK PENGUNDI DAN SISTEM DEMOKRASI NEGARA.

aku yakin perkara seperti ini akan ALLAH KEMBELIKAN BALIK KEPADA ANWAR LAKNAT.

salah seorang insan warak dan alim yang sangat dikenali di sarawak (lebih suka jd low-profail)berkata hatinya lebih yakin ANWAR LAKNAT TIDAK AKAN BERJAYA JD PM MALAYSIA.

betul atau tidak, sama2 kita tunggu...

Anonymous said...

PEMUDA PELAPIS
kalau PR main kotor BN pun kena main kotor
cuba saudara check sejarah lompat parti ni "siapa yang memulakannya"
Ibrahim ali sampai sekarang di panggil raja katak kenapa ya ?
jatuhnya PBS disabah apabila YB nya melompat ke BN
KU LI dan rakan-rakannya termasuk Rais Yatim dari S 46 masuk BN
Siapa yang terdesak sekarang ni? yang ingin menpertahankan kuasa (BN) @pun yang ingin mmendapatkan kuasa(PR)
Setelah dua kekalahan dlm pilihan raya kecil dan satu lompat parti
So Lu pikirlah sendiri
Pulutkuning

Sendiri said...

kehancuran umno amat diharapkan ibarat menanti mendung berabad...
hilang gelap berganti terang...

Anonymous said...

Datuk,
AKu confuse dengan tulisan ko kali ni ..

Pembangkang di Perak bukan BN ker? Kenapa pulak ditujukan pembangkang tu kepada orang lain ...

Datuk ni masih tido ker??

Anonymous said...

pak berahim

Perkembangan di perak ni amat menarik sekali. Ibarat pertandingan, yang cerdik akan menang. Yang bengap akan kalah dan berdarah lubang hidung. silap-silap kena masuk ICU.

Bagi aku,EXCO PKR ni bengap sebab kalaulah janji tuduhan akan digugurkan maka terus melompat, sah tak cerdik. Gugur tu maknanya tak dakwa tapi fail depa dua orang masih aktif.

Bila orang lain naik nanti, dia boleh dakwa balik kedua ekoq ni.

patut le depa ni xleh jadi MB dalam kerajaan PR Perak - akai kurang!


bat8

Anonymous said...

YANG BENAR MENGENAI UMNO IALAH.......


UMNO SEMAKIN PUPUS DAN TERUS PUPUS.